Sunday, April 15, 2007

Private Beach at Copthorne Hotel Penang

Inilah aktiviti kami selepas dah kenyang breakfast.. Bila lihat laut dan pantai... ingatan tu mesti tak terlepas dengan perkataan Tsunami.. Kalau Tsunami tu terkena kat kawasan ni apa akan terjadi agaknya dengan rumah tu ye.. Kalau di pikir-pikirkan balik betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa sehinggakan ramai dari kalangan kita yang sangup beli ataupun menyewa rumah di kawasan bukit ataupun mengadap laut.. Ini menunjukkan kita sebagai insan di muka bumi ini terlalu mencintai kedamaian dan ketenangan..


Private Beach ni cantik la jugak.. Kalau dapat mandi ni lagi best.. Tapi kami ni jenis yang tak berani sangat dengan air ni.. Maklumlah dua-dua tak reti berenang.. Macam mana tu.. Pagi-pagi macam ni seronok jugak dapat hirup udara segar.. Inilah yang dinamakan bercuti kan..
Rasa macam tak puas hati jugak menginap kat Copthorne ni.. Kawasan ni jadi bising disebabkan ada pembinaan bersebelahan dengan hotel ni.. Nak tahu apa pembinaan yang rancak tu.. Tentulah dan tak lain tak bukan kondo ataupun apartment.. Kami pun keliru & binggung jugak.. Banyak sangat ke permintaan terhadap jenis penginapan yang tinggi mengadap laut atau di atas bukit ni.. Ataupun ini ke gaya hidup di negeri yang mempunyai tanah yang terhad.. Setakat yang mampu dan larat untuk kami bilang.. bangunan tu hampir 40 tingkat..
Tapi kalau sayalah tak sanggup nak tinggal kat Penang.. almaklumlah... semua barang boleh jadi mahal.. syukurlah dapat tinggal di bumi Kedah ni.. aman dan damai..

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...