Friday, August 5, 2011

Sepuluh Pertama Bulan Syawal

Hadith: 

DARI Aisyah r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w hendak iktikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, baginda solat Subuh terlebih dahulu, sesudah itu barulah baginda masuk ke tempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya.

Baginda bermaksud hendak iktikaf selama sepuluh akhir bulan Ramadhan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu juga para isteri baginda yang lain. Maka dibuatkan orang semuanya.

Ketika Rasulullah s.a.w solat Subuh, dilihatnya banyak bilik-bilik kecil berderet-deret. Lalu baginda bersabda: 

"Kebajikan bagaimanakah yang kalian inginkan? "Lalu baginda perintahkan supaya bilik-bilik itu dirobohkan semuanya dan baginda kurangkan iktikafnya pada Ramadhan itu dan menggantinya dengan iktikaf pada sepuluh awal bulan Syawal."

Riwayat Muslim

'Usop Wilcha' @ Shy8 Lepas Jawatan Pengurus Selepas Jadi Deejay



Berita asal - Mstar Online

KUALA LUMPUR: Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.

Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.

"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.

"Saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada kedua-dua bidang sekali gus, justeru mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut,"jelasnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Hot FM, di sini, Rabu.

Tambah Shy8 lagi, dia tekad untuk mengambil risiko melepaskan kerjaya tetapnya dan memulakan perjalanan hidup baru dalam dunia hiburan.

"Saya seorang yang suka kepada cabaran dan bagi saya dunia hiburan sebagai cabaran baru buat saya.

"Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang keserasian mengendalikan segmen AM Krew, kata Shy8, dia masih dalam proses belajar.

"Saya tahu ramai yang masih tidak biasa, begitu juga saya yang masih mencari keserasian antara kami.

"Beri saya dua atau tiga minggu lagi untuk memberikan persembahan yang terbaik dan menceriakan pagi pendengar setia Hot FM," katanya.

Thursday, August 4, 2011

mStar Online : Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya

 Malang sekali nasib si Shahir (AF8) yang mendakwa dirinya dianiaya oleh pihak lain. Kesian Shahir, tak habis orang nak ambil kesempatan ke atas dia. Sayangnya, bakat yang ada disia-siakan begitu sahaja. Sapalah yang sanggup menganiaya Shahir ni, mentang-mentang la shahir ni jenis lurus orangnya. 

 Sabar la ye Shahir, insyallah peminat Shahir akan terus menyokong walauapa pun yang Shahir buat selagi ia tidak melanggar norma kehidupan kita sebagai orang Islam. Mungkin rezaki Shahir dalam bidang lain pulak. All the best & good luck for you Shahir.

Ikuti cerita lanjutnya di sini:
mStar Online : Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya

Gambar Isteri Shahril Ishak Yang Menghina Safee Sali & Amirulhadi


 Inikah wajah Hidayah Shahril, isteri kepada ketua pasukan sang singa tu? ermmmm... boleh tahan jugak la ye..cun melecun tuan empunya dirinya dan bertuah sungguh si Shahril Ishak ni dapat isteri cantik. tapi sayang sekali sikapnya yang tidak beradab menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

Kepada Hidayah Shahril, semoga tuhan memberi cahaya hidayah dan berhenti dari kutuk mengutuk apatah lagi kita sesama berjiran.


p/s : Difahamkan, akaun twitter tersebut telah dipadam. Mungkin takut dengan kencaman yang diterima.

Resepi PUDING KARAMEL



Resepi PUDING KARAMEL
Sumber resepi : mamawandiha

(untuk saiz loyang 10") 





Bahan2 Untuk Karamel:

¾ cawan gula pasir
10 sudu besar air panas 




Bahan2 Untuk Puding

10 biji telur (ku guna saiz "AA")
1 tin susu cair
¾ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar rata tepung jagung
1 sudu besar rata tepung kastard
(bancuh tepung jagung & tepung kastad ni dengan sikit susu segar kat bwh ni)
150 ml susu segar

Cara2 menyediakannya

1. Masukkan bahagian gula utk karamel tadi ke dalam loyang, ratakan. Panaskan di atas dapur dengan api yg paling kecil. Bila gula mulai menguning, alih2kan kedudukan loyang agar gula hangus sama rata. Bila semua gula sudah nampak warna coklat muda... masukkan air panas perlahan2. (hati2 masa ni takut terkena percikan air gula panas). Kacau2 dengan sudu hingga gula karamel larut bersama2 air. Tutupkan api dan ketepikan. 

2. Sediakan bancuhan pudingnya pula. Panaskan susu cair dengan gula bahagian puding tadi hingga gula larut. Tutupkan api. Sementara itu panaskan periuk kukus anda dengan air yg mencukupi. 

3. Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk. (lebih elok pecahkan dlm bekas kecil sebiji2 kemudian baru masukkan dlm mangkuk besar sebab takut ada terkena telur yg busuk). Gunakan whisker kacau2 telur hingga rata. 

4. Masukkan esen vanila & juga susu yg dimasak bersama gula tadi dan kacau lagi hingga sebati. 

5. Masukkan bancuhan tepung jagung & tepung kastard serta lebihan susu segar & kacau lagi. 

6. Tapiskan bancuhan telur ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi. Then kukuslah sehingga puding cukup masak. Cara menguji puding dah masak ke belum.. goyang2kan sikit loyang tu kalau bancuhan still bergoyang sambung lagi mengukus sehingga semua bahagian mengeras. 

7. Sejukkan terlebih dulu sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan hidangan yg sesuai. 





Isteri Shahril Ishak (Ketua Pasukan Singapura) Menyamakan Tindakan Safee Sali & Amirulhadi Macam Monyet


Berita Harian (Sumber asal) - Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.  

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Puding Kurma Dan Sos Mentega | Sticky Date Pudding with Butterscoth sauce

Puding Kurma | Sticky Date Pudding

Sos Mentega | Butterscoth sauce

Bahan-Bahan:

Bahan Puding Kurma:

1. 20 biji kurma - dibuang biji
2. 1 cawan air suam
3. 100 g gula perang
4. 50 g mentega
5. 2 biji telur
6. 200 g tepung gandum
7. 1 ½ sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh esen vanila

Bahan Sos Mentega:
1. 1 sudu besar mentega
2. 1 kotak whipped cream (dapat dibeli dari kebanyakkan pasaraya, bahagian sejuk, tempat menjual  mentega. Ia macam susu UHT tapi dipanggil ‘Whipping Cream’)
3. 100 g gula merah
4. 1 sudu esen vanila

Cara Buat:

Puding Kurma:
1. Kurma dan air dikisar sehingga menjadi pes - asingkan
2. Pukul mentega dan gula menjadi lembut
3. Masukkan telur dan pukul lagi
4. Masukkan pes kurma tadi dan gaul
5. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan soda bikarbonat serta esen vanila
6. Masukkan dalam acuan kek dan bakar cara bain marie atau double boil (kukus)
7. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Sos Mentega:

1. Masukkan semua bahan sos dalam periuk
2. Masak atas api sehingga berbuih dan matikan api

Cadangan Hidangan:

Puding sedap dimakan suam bersama sos mentega tadi

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...