Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Sharnaaz Ahmad Dah Melamar Shila Amzah


Sharnaaz Ahmad Dah Melamar Shila Amzah


Elok la rasanya kalau Shila dan Sharnaaz ni cepat berkahwin untuk mengelakkan daripada terus menjadi bahan fitnah dan cemuhan masyarakat. Berkenaan Sharnaaz yang panas baran tu rasanya shila dan keluarga beliau yang lebih tahu dan mengenali Sharnaaz.

Portal hiburan GUA hari ini melaporkan Shila Amzah menulis di akaun Twitter beliau mengatakan yang dirinya sudah menerima lamaran kekasih hati, Sharnaaz Ahmad.

“Sharnaaz Ahmad proposed me and I am officially announcing that I DO. Marrying him — dunia akhirat hingga ke jannah insyaAllah,” tulis pelantun lagu Patah Seribu ini.

Ibu Shila Amzah yang di’hubungi menolak untuk memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini — dan jika ianya benar, tahniah buat Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah mengakui beliau belajar dari kesilapan akan apa yang di’cakapkan terhadap Sharnaaz Ahmad di pentas anugerah hujung minggu lalu.

“Bagi saya ianya satu gurauan namun ayah saya menasihatkan ianya adalah sesuatu yang tidak wajar untuk saya cakapkan di’khalayak ramai,” ujar Shila Amzah yang di’temui.
 Sumber: Rotikaya



Wednesday, June 6, 2012

Harga Bayaran Persembahan Shila Amzah Sudah Naik, Ikut Pencapaian Prestasi Dalam Industri Hiburan

Wahh! Kelasss penyanyi Shila Amzah di mana beliau mengakui mula menaikkan harga bayaran untuk dia mengadakan persembahan bermula Februari lalu kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian.

"Memang harga bayaran untuk saya mengadakan sesebuah persembahan dah naik sejak penyertaan saya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada Februari lalu lagi.

"Dan ia merupakan perkara normal bagi setiap penyanyi yang menaikkan harga mereka. Harga petrol pun naik setiap tahun, takkan kami (penyanyi) tidak boleh naikkan harga sedikit?" 

"Jika ada orang kata saya naikkan harga bagi acara-acara yang membabitkan stesen televisyen atau media-media lain, ia tidak benar sekali kerana saya terima sahaja apa-apa bayaran yang diberi.

"Dan ada juga persembahan yang saya buat percuma. Harga bayaran bukanlah satu isu, lebih-lebih lagi yang membabitkan untuk kebajikan amal. Saya harap dengan penjelasan ini, semua akan faham," ujarnya.

Shila juga berkata, sejak menyertai pertandingan Mania (saluran Astro), peminat-peminatnya semakin bertambah termasuklah daripada negara Indonesia.

Ahmad Dhani juga telah memberikan platform kepada Shila untuk mengembangkan karier nyanyian di Indonesia dan masih lagi dalam perbincangan sama ada Shila akan menjadi artis di bawah naungannya iaitu, Republik Cinta Management (RCM). (Mstar)
 
 

Thursday, May 10, 2012

Shila Amzah Bela Kekasih - Isu Shaarnaz Marah Peminat


Susulan daripada artikel yang dikeluarkan oleh sebuah blog hiburan mengenai isu tidak puas hati peminat terhadap Sharnaaz yang melemparkan kata-kata kurang enak melalui akaun Twitternya, MH Online mendapatkan penjelasan buah hatinya, penyanyi Shila Amzah.

"Shila menganggap hal ini sebagai isu kecil. Bagi saya apa yang ditulis oleh Sharnaaz itu adalah haknya dan mungkin ketika itu dia di dalam keadaan marah dan ada ketikanya disebabkan provokasi daripada pihak tertentu.

"Kami berdua boleh menerima segala yang berlaku namun agak tidak adil untuk mengheret keluarga kami dalam isu ini. Renteten daripada apa yang telah berlaku, kami telah duduk berbincang dan mengambil iktibar dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan. Harapan kami agar peminat di luar sana tidak menghakimi kami tanpa usul periksa," ujar Shila penuh harapan.
 
Sumber: MH
 
 
 

Wednesday, April 25, 2012

8 Gambar Kemesraan Shila Amzah Dan Sharnaaz




Bercinta memang tak salah, ia adalah fitrah hidup manusia. Macam biasa lah jawapan yang 'selamat' akan keluar dari mulut artis tersebut. Kalo dah tak sayang dengan Agama sendiri yang dianggap 'agama dari warisan dan keturunan keluarga', seharusnya ada perasaan sedikit malu kepada masyarakat.  

Ekoran timbulnya isu penyanyi lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah yang dikatakan beraksi ‘gedik’ bersama kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini, MH Online menghubungi si empunya diri untuk mendapatkan penjelasannya. 


Jawapan dari Shila Amzah

“Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius,” katanya jujur.






Saturday, January 7, 2012

Lirik Lagu Beribu Sesalan [Video Klip] - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah




Lirik Jaclyn, Ning Baizura & Shila - Seribu Sesalan

[Shila]
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

[Ning]
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

[Jaclyn]
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

[Ning]
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

[Shila]
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

[Ning]
Di saat ku perlukanmu

[Jac]
Tertutup jua segalanya terhadapmu

[Ning]
Di sini ku tersedu-sedu

[Shila]
Setelah cinta pergi

[Jac]
Ku mengusung duka ini diiringi

[Ning]
Diiringi

[Shila]
Kisah janji

[Jac]
Dimungkiri

[Ning]
Dimungkiri

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...