Showing posts with label Imam Muda Hassan. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda Hassan. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Gambar Kawin Imam Muda Hassan & Ulfah


Tahniah kepada Juara Imam Muda Musim ke-2, Imam Muda Hassan yang telah melansungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat minggu lepas, 17 Februari 2012 dan 18 Februari merupakan majlis di pihak perempuan. Majlis sambut menantu pula dijadualkan pada April nanti.

Pada hari pernikahan mereka berdua juga merupakan ulang tahun kelahiran Imam Muda Hassan yang ke 27. Fardatul Ulfah Jamali merupakan bakal Guru. 

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 666 dan hantaran RM 9999. Pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang dari pihak pengantin perempuan. Pasangan bahagia ini berhubung hanya melalui SMS dan mahu bercinta selepas kawin. Semoga mereka berdua hidup dalam keberkatan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Sabar menanti & setia menunggu untuk sah bergelar sebagai isteri.
Apa agak-agaknya Tok Kadi tu cakap sampai tergelak Iman Muda Hassan ni.
Menunaikan solat sunat selepas akad nikah tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t
Doa memohon mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Ciuman Kasih dari seorang isteri kepada suami tercinta
Membatalkan air sembahyang selepas bergelar suami isteri yang sah.


Sumber: Studio.muslim



Thursday, February 23, 2012

Perbezaan Pre-Weding Antara Imam Muda & Artis Popular



Rasanya tak perlu nak berkata apa-apa, korang lihatlah sendiri apa perbezaannya antara Pre-weding Imam Muda Hassan dan pre-weding artis-artis popular, sangat ada kelainan. Imam Muda Hassan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ulfah pada jumaat lepas, 17 Februari 2012. Suka tengok suasana dan tempat pengambaran ni..cantik dan tenang jer.. 

Sebelum ni, kasihsalina ada buat entri Kad Kawin Imam Muda Hassan, kad kawin yang simple tapi cantik, warna putih..

Next entri, kita nak siarkan gambar kawin dia plak ye..







kredit gambar asal: FB studio muslim


Thursday, February 16, 2012

Ulfah Bakal Isteri Imam Muda Hassan






Tahniah kepada Imam Muda Hassan yang akan menamatkan zaman bujangnya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 Februari 2012 nanti dengan memilih Fadatul Ulfah Jamali sebagai penyeri hidupnya. Khabarnya, 17 Februari 2012 dipilih bersempena dengan tarikh kelahiran IM Hassan yang ke-27 dan majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam selepas solat Isyak. Jarang sekali kita dengar pengantin nikah waktu malam kan. Mungkin juga lebih lagi keberkatannya?

Rata-rata peminat IM Hassan sudah mengetahui berita gembira ini melalui Facebook IM Hassan beliau. Bakal penyeri hidup beliau merupakan seorang pelajar Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. Perkenalan IM Hassan dan Ulfah bermula sejak berakhirnya rancangan Imam Muda 2 melalui seorang kenalan.
Sungguh bertuah Imam Muda & Ulfah kerana Videografi dan fotografi mereka akan ditaja sepenuhnya oleh Azmi Central (Studio Mukmin). Manakala set persalinan pengantin pula ditaja oleh Rins Suzana, iaitu bridal yang selalu menjadi pilihan ramai. Bakal-bakal pengantin dan pengantin lama mungkin kenal penaja tersebut.

Sedikit info, Imam Muda Hassan mempunyai kolumnya sendiri di Harian Metro Ahad yang dinamakan Kalam Imam Muda Hassan. Ataupun boleh juga terus ke blog baru Imam Muda Hassan. 

~Tahniah Buat Imam Muda Hassan & Ulfah~


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...