Saturday, February 15, 2014

Miami Beach


Gambar & cerita 2-4 Januari 2014 baru ni. Miami Beach ni merupakan private beach bagi Hydro Hotel. Ni first time aku dengar Miami Beach ni..Lokasinya berdekatan dengan Feringghi Beach.

Sebelum bermula sesi persekolahan 2014 kami menginap 3/2 malam di Hydro Hotel Penang. Booking melalui agoda.com. Harga Hydro Hotel melalui website agoda sangat la murah berbanding wakl-in. 

Kakak memang awal-awal lagi dah cakap nak hotel ada pantai & swimming pool. Kalau tak silap aku, di Hydro Hotel Penang ni lah yang ada pengambaran drama Mr. Arrogant. 

Cuma susah skit la nak ke private beach ni kena naik jejantas dulu..lelah kami rasa nak turun naik tangga jejantas tu..

Puas hati sangat-sangat la sebab anak-anak happy boleh main air & pasir.








Wednesday, February 12, 2014

Geram Aku Tengok Gambar Kayla Elayna Anak Apek & Leuniey



Gambar Kayla Elayna Anak Khairul Fahmi & Leuniey


aloloooo...geram seribu kali geram aku rasa..comel sungguh baby Kayla Elayna ni, anak Khairul Fahmi & Leuniey Natasha..dan bertuah sungguh baru berusia 6 hari dah buat photoshoot untuk kenangan besar nanti yer..

Puji la sikap Khairul Fahmi & Leuniey Natasha yang tak kedekut nak kongsi gambar Kayla Elayna dengan peminat.. Tapi ada juga yang kecam. Rasanya tak salah nak kongsi gambar anak & famili. 

 Besar nanti mesti come lote ore kelate kato deh...

Bila tengok baby camni terus rasa cam nak pregnant lagi jer..haha.. (cakap dalam hati jer la) nanti mr. hubby mesti kata ada anak 2 orang pun dah bising-bising & pening kepala.

Tengok la tu baby dalam pantang mesti kerjanya tido jer..pastu nangis bila dah lapar & rasa rimas dengan diapers dia..Tapi berbaloi la kalau bayar ribu riban pun untuk photoshoot camni jika berkemampuan & rasa berbaloi bila mana menggunakan kepakaran mereka yang arif dalam dunia fotografi.

Bagi yang tengah pregnant sekarang ni, tunggu apa lagi jika nak moment anak secomel macam Kayla Elayna ni, cer tanya khidmat The Photolicious ni.







Monday, February 10, 2014

Chef Wan Kata 'Nasi Lemak Telanjang' dan Malaysia Airlines Kata Apa Plak

Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan

 Bagi pendapat peribadi aku memang patut Chef Wan kata 'Nasi Lemak Telanjang' walaupun agak kasar bunyi kenyataan tersebut. 

Dalam penerbangan antarabangsa, Malaysia Airlines sepatutnya kena bagi extra terbaik sebab nasi lemak juga melambangkan identiti rakyat Malaysia untuk sarapan. Kalau kita makan kat rumah pun aku rasa macam tak lengkap kalau takde bilis, telur, timun, sambal & kacang (ada yang tak suka). Malah, siap ada ayam goreng berempah lagi untuk melengkapkan hidangan.

Pada 29 Januari lalu, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi Malaysia Airlines yang mana Chef Wan menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. 
 
Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial. 

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok. 

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Kalau Chef Wan tak ambil kisah pasal nasi lemak telanjang tu, gamaknya sampai ke sudah MAS buat tak kisah.



Komennya seperti yang tertera dalam akaun Instagrammya tertulis:
I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?

"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.

 
 Sumber: Astro Awani

 

Sunday, February 9, 2014

Nasi Kandar Line Clear



 Nasi Kandar Line Clear

Ini cerita 2 Februari 2014 yang lepas baru aku nak tulis. Kalau pi Penang memang tak sah lah kalau tak pekena nasi kandaq ka..pesemboq ka..mee udang ka.. sup mamak ka.. Ini kali memang kami dah plan supaya bertolak awal & sampai awal sebab nak pekena
 Nasi Kandar Line Clear ni. Biasanya kalau pergi time tak kena & line tak clear. 

Masa bercuti memang aku & hubby keje fikir nak makan jer..tu la menyebabkan aku tak kurus sebab makan banyak.. huhuuu.. Menu pilihan aku kat Nasi Kandar Line Clear ni nasi beriyani, ayam & telur ikan.. paling best aku suka makan telur ikan.. Harga kalau tak silap aku RM 8 lebih jer..






Friday, February 7, 2014

Nak Kurus & Kempis Perut Punya Pasal

Apa kena mengena tajuk Nak Kurus & Kempis Perut Punya Pasal dengan lauk tomyam ni.. dan inilah sebenarnya apa yang aku makan malam tadi, tomyam saja tanpa nasi. 

Eh! boleh ker menu diet makan tomyam..ahhhh.. gasak la, janji aku boleh tahan tak makan nasi dan meratah lauk pauk saja. Tomyam ni aku buat guna pes tomyam siam tapi tak pedas sangat aku buat sebab untuk anak-anak makan juga, lagi pun nak diet tak elok juga makan pedas2 sangat kan..

Ni dia Resepi tomyam siam yang tak seberapa dari aku..
  •  Pes tomyam siam macam dapat botol tu.
  • Bawang besar
  • Bawang Putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Daun limau purut
  •  Cili padi
  • Tomato
  • Ayam
  • Sotong
  • Udang
  • Cendawan 
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa.
Cara-Cara Masak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan-bahan tadi kecuali tomato, ayam, udang, sotong & cendawan.
  2. Dah naik bau masukkan ayam & biarkan sekejap
  3. Kemudian masukkan sotong, udang, cendawan & tomato.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa.

Thursday, February 6, 2014

Nak Cuba Kurus Dengan Supplement Alfalfa & Lecithin Shaklee



Nak Cuba Kurus Dengan Supplement Alfalfa & Lecithin Shaklee

(Ni bukan kampen Shaklee ataupun seangkatan dengannya. Aku cuma pengguna Shaklee & bukan pengedar Shaklee).

Wah! Wah! Wah! bukan main lagi tajuk entri aku yer.. Nak cuba kurus gituuuuu... itulah cita-cita besar aku tahun 2014 ni. Nak cuba kurus sebanyak mungkin dan buang lemak-lemak degil kat perut aku ni haa..

Tapi aku tak letak targetlah berapa kilogram aku nak turunkan berat badan takut nanti aku stress plak kan.. Cuma aku nak kawal jer berat badan ni supaya udah-udah ler naiknya tang perut tu.. 

Cara aku cuma amalkan pemakanan yang betul dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, makanan berlemak dan berminyak.

Mungkin dengan cara ni mengambil masa yang lama la sikit nak turunkan berat tu sebab aku tak buat senaman langsung. Malas weiiii... dah tu camne nak kurus???

So, aku pun teringin juga nak cuba set kurus Shaklee ni untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badanku ini. Kawan aku pun cadang la ambik Alfalfa dan Lecithin. Saat dan tika ini dah dua minggu aku makan dietary supplement shaklee ni. So far, aku rasa part yang paling best sekali kulit tak nampak kering. 

Lagi pun Supplement shaklee ni tak sama macam produk langsing yang lain yang mana kena kerap pergi toilet. Makan set diet shaklee ni macam biasa jer & tak perlu kerap ke Toilet..

Cara pemakanan aku pulak dalam usaha nak kurus dan kempiskan perut ni seperti di bawah yer:

Waktu pagi/ Makan Pagi: Makan 2 keping roti gardenia wholesome grain & seed + telur + hirisan tomato + air kosong + Alfalfa + Lecithin Shaklee. (* kadang2  jam 11 pagi aku makan biskut yang berserat/buah jika lapar lagi).

Waktu tengahari/ Makan tengahari: 3 sudu nasi + Sayur + protin (ikan) + air kosong
+ Alfalfa + Lecithin Shaklee. (* Seeloknya jangan makan langsung nasi tapi aku memang tak kenyang kalo takde nasi langsung).


(* Jam 4 petang aku makan biskut yang berserat/buah lagi jika lapar).


Waktu Malam/ Makan Malam: Makan 2 keping roti gardenia wholesome grain & seed + telur + Hirisan tomato + air kosong + Alfalfa + Lecithin Shaklee. (* Waktu malam makan benda yg sama macam sarapan pagi. Tapi tak jemu ker makan benda yang sama kan? Dah nak kurus kena la disiplin.. 

 & sebenarnya aku pun terbabas juga makan nasi waktu malam tu. Rasa macam tak boleh kalau tak makan nasi. Tu masa semangat tak kuat..tewas dengan godaan nafsu makan. hahaha..sabo ajer lah yer..Kalau camni gayanya memang ambil masa la sikit..takpe lah..buat la pelan-pelan & yang penting jangan stress.

inilah yang dikatakan makan 5 kali sehari jika nak kurus..haha..betol ke tak betol tu!! kalau tak percaya ce pi google dalam blog Kevin Zahri tu.. Pendapat berpuasalah jika nak kurus tu salah bagi aku, tubuh badan kita perlukan makanan untuk tenaga. Tapi puasa setiap hari Isnin dan khamis tu ok la..

Makan 5 kali sehari pun, kena lah dengan cara & pemakanan yang betol. Janganlah nak kurus tapi melantak macam orang tak makan sebulan. Nasinya pulak menambah-nambah. Nasi adalah karbohidrat & punca kegemukan. Selain tu elak makanan berminyak & berlemak, sebaliknya makanlah makanan yang berprotein.  

Nanti aku update lagi turun berapa kilogram dengan gaya pemakanan seimbang yang aku rancang ni..


Wednesday, February 5, 2014

Aktiviti Hujung Minggu Kakak Kamila dan Adik Kashif



Gambar ni dah dua minggu aku peram dalam draf. Malas sungguh rasa nak menaip kat keyboard ni..

Biasanya setiap hari Khamis ataupun Jumaat, kami akan bawa kakak & adik pergi swimming pool, kalau masing-masing tak busy la kan.. Memang itulah hobi budak berdua ni. Kalau boleh, tiap-tiap hari depa ni nak main air. Senang jer aku kelentong depa ni cakap hari lain swimming pool tutup, pedahal buka hari-hari kecuali hari Sabtu jer tutup..

Walaupun tak ke Swimming pool, biasanya petang weekdays mesti pergi playground. Anak-anak aku ni memang bertuah sungguh, suka suki depa jer ajak main kat mana-mana playground yang depa suka. 
 


Ni muka adik yang dah letih & lesu lepas main air kat Swimming pool UUM. Pool kids kat UUM ni luas, memang seronok la anak-anak dapat main segirang-girangnya. Biasanya depa dua beradik ni lah antara budak-budak yang last keluar, siap penjaga tu tiup wisel bagi amaran nak tutup dah. Swimming pool ni buka dari jam 5.30 - 6.30 petang.



Tengok tu mata sampai merah, masuk jer kereta terus lentok lepas pekena susu  plak tu. Memang air masak dan susu kena bekal siap-siap supaya tak mengamuk dalam kereta. Lepas main air confirm la lapaq kan.. 

Dalam pada penat & mengantuk pun boleh lagi nak main alat senaman ni plak. Aku yang melihat dan menunggu ni memang rasa terseksa sangat la dengan depa ni tapi takpelah janji permintaan depa kena ikut sekali sekala.


Tuesday, February 4, 2014

Pemakanan Sunnah yang Patut Diamalkan




Petikan dari FB Ustaz Mohd Zamri Arshad

Ada yang bertanya tentang pemakanan sunnah yang patut diamalkan. Antaranya ialah madu, minyak habbatus sauda, kurma, minyak zaitun, cuka kurma/epal, susu kambing dan sebagainya. Itulah rutin harian yang sepatutnya diamalkan oleh kita sekeluarga. Berkaitan dengan susu kambing antara khasiatnya banyak.

Antaranya ialah:

*Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)

*Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)

* Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat

* Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...