Thursday, February 6, 2014

Nak Cuba Kurus Dengan Supplement Alfalfa & Lecithin Shaklee



Nak Cuba Kurus Dengan Supplement Alfalfa & Lecithin Shaklee

(Ni bukan kampen Shaklee ataupun seangkatan dengannya. Aku cuma pengguna Shaklee & bukan pengedar Shaklee).

Wah! Wah! Wah! bukan main lagi tajuk entri aku yer.. Nak cuba kurus gituuuuu... itulah cita-cita besar aku tahun 2014 ni. Nak cuba kurus sebanyak mungkin dan buang lemak-lemak degil kat perut aku ni haa..

Tapi aku tak letak targetlah berapa kilogram aku nak turunkan berat badan takut nanti aku stress plak kan.. Cuma aku nak kawal jer berat badan ni supaya udah-udah ler naiknya tang perut tu.. 

Cara aku cuma amalkan pemakanan yang betul dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, makanan berlemak dan berminyak.

Mungkin dengan cara ni mengambil masa yang lama la sikit nak turunkan berat tu sebab aku tak buat senaman langsung. Malas weiiii... dah tu camne nak kurus???

So, aku pun teringin juga nak cuba set kurus Shaklee ni untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badanku ini. Kawan aku pun cadang la ambik Alfalfa dan Lecithin. Saat dan tika ini dah dua minggu aku makan dietary supplement shaklee ni. So far, aku rasa part yang paling best sekali kulit tak nampak kering. 

Lagi pun Supplement shaklee ni tak sama macam produk langsing yang lain yang mana kena kerap pergi toilet. Makan set diet shaklee ni macam biasa jer & tak perlu kerap ke Toilet..

Cara pemakanan aku pulak dalam usaha nak kurus dan kempiskan perut ni seperti di bawah yer:

Waktu pagi/ Makan Pagi: Makan 2 keping roti gardenia wholesome grain & seed + telur + hirisan tomato + air kosong + Alfalfa + Lecithin Shaklee. (* kadang2  jam 11 pagi aku makan biskut yang berserat/buah jika lapar lagi).

Waktu tengahari/ Makan tengahari: 3 sudu nasi + Sayur + protin (ikan) + air kosong
+ Alfalfa + Lecithin Shaklee. (* Seeloknya jangan makan langsung nasi tapi aku memang tak kenyang kalo takde nasi langsung).


(* Jam 4 petang aku makan biskut yang berserat/buah lagi jika lapar).


Waktu Malam/ Makan Malam: Makan 2 keping roti gardenia wholesome grain & seed + telur + Hirisan tomato + air kosong + Alfalfa + Lecithin Shaklee. (* Waktu malam makan benda yg sama macam sarapan pagi. Tapi tak jemu ker makan benda yang sama kan? Dah nak kurus kena la disiplin.. 

 & sebenarnya aku pun terbabas juga makan nasi waktu malam tu. Rasa macam tak boleh kalau tak makan nasi. Tu masa semangat tak kuat..tewas dengan godaan nafsu makan. hahaha..sabo ajer lah yer..Kalau camni gayanya memang ambil masa la sikit..takpe lah..buat la pelan-pelan & yang penting jangan stress.

inilah yang dikatakan makan 5 kali sehari jika nak kurus..haha..betol ke tak betol tu!! kalau tak percaya ce pi google dalam blog Kevin Zahri tu.. Pendapat berpuasalah jika nak kurus tu salah bagi aku, tubuh badan kita perlukan makanan untuk tenaga. Tapi puasa setiap hari Isnin dan khamis tu ok la..

Makan 5 kali sehari pun, kena lah dengan cara & pemakanan yang betol. Janganlah nak kurus tapi melantak macam orang tak makan sebulan. Nasinya pulak menambah-nambah. Nasi adalah karbohidrat & punca kegemukan. Selain tu elak makanan berminyak & berlemak, sebaliknya makanlah makanan yang berprotein.  

Nanti aku update lagi turun berapa kilogram dengan gaya pemakanan seimbang yang aku rancang ni..


6 comments:

dear anies said...

chaiyok kak chaiyok!
sy amik alfalfa jg sbb resdung...mmg betul kulit x jd kering...

Fiza Rahman said...

Saya memang mkn produk shaklee. Alfalfa ni best mkn. Blh kurangkan masalah keputihan.

fiza said...

(@_@)cahiyok2...semoga berjaya

betul2...nak kurus x bererti x boleh makan..makan penting utk tenaga sepanjang hari..amalkan diet yg betul

visit my blog http://www.mammabiss.blogspot.com
anyway dgn pengambilan set kurus bajet ni dah ramai yg turun berat badan :)

Kayu Manis said...

wah..boleh caya ke ni..

tak ambil apa2 pun ni..dari dulu hingga kini..

mummY daniSha said...

dah 2 weeks makan ade perubahan x hehee....

Kasih Salina said...

mummy danisha: 2 minggu ambik alfalfa & lecithin tak timbang lagi..tp ada perasan kulit jadi tak kering. tumit & betis kurang skit rasa lenguh & sakit2..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...