Friday, January 24, 2014

Resepi Ayam ButterMilk



Chicken Butter Milk sesedap namanya juga. Bagi sesiapa yang suka google resepi masakan mesti dah biasa dengar nama Ayam Butter Milk ni. 

Aku rasa nilah resepi yang paling senang nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak. kesedapannya memenuhi selera aku dan famili..kakak siap cakap macam ibu letak cheese jer..huhuuuuu... 



Bahan-bahannya: Resepi Ayam ButterMilk
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari (aku suka cap Alagapas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau 
  • Minyak untuk goreng ayam
 Cara masaknya :
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  2. Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  3. Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  4. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  5. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  6. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  8. Tapi aku suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer. 
  9. Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  10. Dah siap, makan dengan nasi panas2..

Examo CKM 500 Ikhtiar Untuk Kakak




Rasanya kalau sebut Examo CKM 500 sudah ramai yang tahu dan sudah ramai ibu bapa yang memberikan kepada anak-anak mereka terutamanya yang bakal mengambil peperiksaan. Lagi pun Examo CKM 500 ni terkenal sejak dari tahun 1978 lagi.

 Cikgu di sekolah kakak yang cadangkan kepada aku supaya bagi Kamila makan Examo ni sebagai ikhtiar untuk dia disamping kita dah berusaha, berdoa dan bertawakal. 

 Anak aku ni bukannya apa pun, cuma dalam fikiran dia ingat nak main jer. Terkejut juga aku bila cikgu cakap anak aku ni tak fokus sangat masa belajar. Bila cikgu bagi kerja di sekolah dia tak sempat nak siapkan sebab tengah-tengah buat kerja sekolah dia boleh plak buat benda lain. 

Pendek kata nak kena sentiasa ada pengawasan dari cikgu. Tapi satu jer yang aku suka dengan sekolah baru ni membuatkan dia suka nak ke sekolah siap marah lagi kalau ambil awal. 

Sebenarnya aku tak tau nak cari mana Examo CKM 500 ni dan malas nak beli online. So, aku google jer la cari website Era Edar Marketing. Takut juga aku terbeli yang tiruan. Tujuan aku nak tahu pengedar yang sah di kawasan kami. 

Ternyata memang membantu aku dan ada dijual di farmasi yang berdekatan. 

Sunday, January 19, 2014

Makanan Arab Murah




Makanan Arab sememangnya telah lama mendapat tempat di hati penggemar makanan tersebut terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia ni. Tidak terkecuali kami antara peminat makanan Arab ini walaupun duduk jauh dari bandar besar. Mujurlah terdapat ribuan pelajar antarabangsa UUM khususnya dari tanah Arab melanjutkan pengajian di sini dan menetap di sekitar UUM serta pekan Changlun.

Sebuah cafe yang agak baru diberi nama Red Cafe terletak berdekatan bangunan HEP UUM, menyajikan makanan Arab secara buffet. Walaupun makanan adalah secara buffet, pada kami kualiti masakan dan beras yang digunakan menyamai restoren makanan Arab yang ada. Harga pulak sangat berpatutan. Maka berduyun-duyunlah pelajar antarabangsa tidak kira dari negara Arab mahupun Afrika, malahan juga pelajar negara Thailand, Indonesia, China dan Malaysia sendiri bersama-sama menjamu selera di cafe ini. Penuh sesak ketika waktu makan tengahari!

Hanya RM15.00 untuk hidangan yang kami makan seperti di atas. Okay tak harga ni?
Cuma di UUM.




Sunday, January 12, 2014

Tempah Hotel Melalui Agoda


Tempah Hotel Melalui Agoda - Memang mudah, menjimatkan dan boleh dipercayai.

Ramai dah tergoda dengan Agoda, tetapi kepada yang belum mencuba, apa salahnya....
Hanya search Google atau taip www.agoda.com untuk memulakan langkah pertama anda.

Perbandingan harga hotel - bawah sekali

Melalui laman utama Agoda, taip lokasi seperti nama bandar atau daerah pada ruangan "Where would you like to go?" (seperti gambaran di bawah) untuk memperincikan kawasan percutian anda.
Jangan bimbang, terdapat 37,000 bandar di seluruh Malaysia terkandung dalam pangkalan data Agoda ini termasuklah di pekan-pekan kecil seperti Changlun, Kedah.

Untuk contoh di sini, kami memilih Penang.

Gambar 1: Masukkan lokasi, tarikh check-in dan berapa malam.

Gambar 2: Sebagai contoh, carian hotel di Penang
Bahasa pilihan pun ada, jika kurang memahami English maka Bahasa Malaysia bolehlah menjadi pilihan kerana terdapat lebih 30 bahasa utama dunia telah disediakan oleh Agoda.

Jangan lupa juga tetapkan matawang kepada MYR atau Malaysia Ringgit.

Selepas hasil carian dipaparkan, maka terdapat 192 hotel yang available pada tarikh pilihan.
Untuk memudahkan lagi pilihan mengikut citarasa atau ciri-ciri hotel pilihan anda maka boleh guna fungsi Filter pada sudut kanan.

Gambar 3: Pilihan hotel berdasarkan Bintang
Gambar 4: Pilihan hotel berdasarkan kemudahan disediakan
Selepas itu, akan dipaparkan senarai hotel mengikut tapisan yang telah dibuat seperti pada Gambar 2 tadi.

Hotel pilihan kami - Hydro Hotel, Penang dengan kadar asasnya (sebelum 16% cukai) adalah bawah RM200.00

Gambar 5: Pilihan bilik Superior with breakfast cuma RM156.83 (sebelum cukai)


Gambar 6: Maklumat tempahan anda
Selepas memilih jenis dan jumlah bilik, maka langkah seterusnya ialah mengisi butiran peribadi dalam maklumat tempahan. Jika telah membuka akaun dengan Agoda (percuma je), maka maklumat ini akan diisi oleh sistem secara automatik.


Gambar 7: Maklumat dan kaedah bayaran

Selepas mengisi semua info berkaitan bayaran, maka sila semak kembali butiran tempahan seperti yang tertera pada sebelah kanan sebelum klik pada Pay & Book Now.


Gambar 8: Tempahan telah siap
Selepas tempahan siap, maka sila catat Booking ID untuk simpanan dan sebagai rujukan jika tidak mendapat confirmation melalui emel.
Emel akan dihantar untuk mengesahkan tempahan dan cetakan Voucher.


Gambar 9: Emel pertama sebagai pemberitahuan penerimaan tempahan.
Selepas mendapat emel pertama yang mengesahkan tempahan anda, maka dalam masa kurang 5 minit anda akan terima Voucher Tempahan Hotel untuk simpanan dan rujukan. Pastikan anda cetak Voucher ini untuk diserahkan kepada pihak hotel.

Gambar 10: Sila cetak Voucher Tempahan Hotel untuk memudahkan berlaku masalah ketika Check-in

Perbandingan harga hotel - Hotel Hydro
1) Walk-in - hanya bilik Deluxe (dan yang bilik lebih mahal) ditawarkan pada harga RM340
(jika tempah melalui Agoda, sekalipun baru menempah pada hari yang sama harga hanya RM239.86.

2) Phone call - melalui panggilan telefon, harga bilik untuk Superior (termasuk sarapan) ialah RM240++

3) Agoda.com - harga bilik Superior (termasuk sarapan) selepas tax cuma RM190.

Itulah perbandingannya, nampak sangat menjimatkan.
Apapun saya akan bandingkan pulak bagaimana jika menempah hotel di seluruh Thailand melalui satu laman web lain jika dibandingkan dengan Agoda.



Thursday, January 2, 2014

Ulangtahun Ke-10


Tahun 2014 
1.1.14 disambut penuh meriah di mana-mana jua di permukaan bumi Allah SWT.
Baik di kota London, Paris dan New York...
Adapun di Sydney, Hong Kong dan Singapore...
Tidak terkecuali juga di Kuala Lumpur...ibu negara Malaysia.


Apapun, kami tak sambut...


Kami juga tak berebut...

 
Bukannya Jahat Mulut.




Tapi tak nak Kalut dan dihimpit rasa Takut...
 
Kami juga tak TURUN...


Bukan TURUN di awal tahun itu...

1.1.04 - Tarikh 10 tahun lalu
Kini 1.1.14 - Selepas 10 tahun berlalu...

Sehinggalah kehadiran 2 cahaya mata kesayangan, menceriakan keadaan, menggigit perasaan, pengubat kedukaan, penawar kerinduan...giat bermain menagih tepukan menuntut pujian mahupun pelukan...apa saja permintaan, sehabis baik diturutkan selagi mana berkenan agar tak dipendam kedukaan...itulah penangan anak-anak kesayangan.

Nur Kamila Qistina 5 tahun
Nur Kashif Aliya 2 tahun
 
Moga kasih berpanjangan.
Amin...

Kek sekadar simbolik, ringkas, ringan, mudah dan murah!




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...