Sunday, January 12, 2014

Tempah Hotel Melalui Agoda


Tempah Hotel Melalui Agoda - Memang mudah, menjimatkan dan boleh dipercayai.

Ramai dah tergoda dengan Agoda, tetapi kepada yang belum mencuba, apa salahnya....
Hanya search Google atau taip www.agoda.com untuk memulakan langkah pertama anda.

Perbandingan harga hotel - bawah sekali

Melalui laman utama Agoda, taip lokasi seperti nama bandar atau daerah pada ruangan "Where would you like to go?" (seperti gambaran di bawah) untuk memperincikan kawasan percutian anda.
Jangan bimbang, terdapat 37,000 bandar di seluruh Malaysia terkandung dalam pangkalan data Agoda ini termasuklah di pekan-pekan kecil seperti Changlun, Kedah.

Untuk contoh di sini, kami memilih Penang.

Gambar 1: Masukkan lokasi, tarikh check-in dan berapa malam.

Gambar 2: Sebagai contoh, carian hotel di Penang
Bahasa pilihan pun ada, jika kurang memahami English maka Bahasa Malaysia bolehlah menjadi pilihan kerana terdapat lebih 30 bahasa utama dunia telah disediakan oleh Agoda.

Jangan lupa juga tetapkan matawang kepada MYR atau Malaysia Ringgit.

Selepas hasil carian dipaparkan, maka terdapat 192 hotel yang available pada tarikh pilihan.
Untuk memudahkan lagi pilihan mengikut citarasa atau ciri-ciri hotel pilihan anda maka boleh guna fungsi Filter pada sudut kanan.

Gambar 3: Pilihan hotel berdasarkan Bintang
Gambar 4: Pilihan hotel berdasarkan kemudahan disediakan
Selepas itu, akan dipaparkan senarai hotel mengikut tapisan yang telah dibuat seperti pada Gambar 2 tadi.

Hotel pilihan kami - Hydro Hotel, Penang dengan kadar asasnya (sebelum 16% cukai) adalah bawah RM200.00

Gambar 5: Pilihan bilik Superior with breakfast cuma RM156.83 (sebelum cukai)


Gambar 6: Maklumat tempahan anda
Selepas memilih jenis dan jumlah bilik, maka langkah seterusnya ialah mengisi butiran peribadi dalam maklumat tempahan. Jika telah membuka akaun dengan Agoda (percuma je), maka maklumat ini akan diisi oleh sistem secara automatik.


Gambar 7: Maklumat dan kaedah bayaran

Selepas mengisi semua info berkaitan bayaran, maka sila semak kembali butiran tempahan seperti yang tertera pada sebelah kanan sebelum klik pada Pay & Book Now.


Gambar 8: Tempahan telah siap
Selepas tempahan siap, maka sila catat Booking ID untuk simpanan dan sebagai rujukan jika tidak mendapat confirmation melalui emel.
Emel akan dihantar untuk mengesahkan tempahan dan cetakan Voucher.


Gambar 9: Emel pertama sebagai pemberitahuan penerimaan tempahan.
Selepas mendapat emel pertama yang mengesahkan tempahan anda, maka dalam masa kurang 5 minit anda akan terima Voucher Tempahan Hotel untuk simpanan dan rujukan. Pastikan anda cetak Voucher ini untuk diserahkan kepada pihak hotel.

Gambar 10: Sila cetak Voucher Tempahan Hotel untuk memudahkan berlaku masalah ketika Check-in

Perbandingan harga hotel - Hotel Hydro
1) Walk-in - hanya bilik Deluxe (dan yang bilik lebih mahal) ditawarkan pada harga RM340
(jika tempah melalui Agoda, sekalipun baru menempah pada hari yang sama harga hanya RM239.86.

2) Phone call - melalui panggilan telefon, harga bilik untuk Superior (termasuk sarapan) ialah RM240++

3) Agoda.com - harga bilik Superior (termasuk sarapan) selepas tax cuma RM190.

Itulah perbandingannya, nampak sangat menjimatkan.
Apapun saya akan bandingkan pulak bagaimana jika menempah hotel di seluruh Thailand melalui satu laman web lain jika dibandingkan dengan Agoda.



22 comments:

Ann Ishak said...

sangat mudah membuat tempahan hotel melalui Agoda, saya sentiasa menggunakan Agoda untuk tempahan :)

dear anies said...

Blom penah try agoda ni...sekadar tgk2 je..g bercuti pn trrjah je mn2 hotel yg berkenan d hati ;)

Asep Haryono said...

Thanks for the information. Just coincident, I am searching for any hotel located around Petaling, Kuala Lumpur. Plan to visit KL around October this year with my wife. I will use AGODA for the details

Nice posting. Awesome

Angah said...

tak pernah cuba lagi tempah ngan agoda ni, maybe this year akan mencubanya...

Kayu Manis said...

assalamualaikum

knor pun terjah aje mana2 yg sempat..

tq utk info ni ye salina..kut2 nanti berezeki

Kakzakie Purvit said...

Tengok-tengok Agoda ni adalah tapi tak pernah lagi kakak guna service dia..

Kasih Salina said...

Ann Ishak, aha bagus ye..ni kira regular customer Agoda lah ni ye?. Tapi untuk hotel di Thailand (seluruh Thailand) saya akan dedahkan satu lagi web yang sealiran tetapi lebih murah lagi...

Kasih Salina said...

Khairin, sesekali hotel bwh RM100 pun bleh jmpa dlm Agoda..kemudian bandingkan, ada masanya sama harga ada masanya tidak..sebab hotel bwh RM100 dianggap sebagai hotel bajet jadi tuan besar dia boleh adjas harga bila2 masa..sedangkan Agoda dah cop harga awal lagi...

Kasih Salina said...

Asep Haryono - thank you, hopefully you will find the best and affordable hotel within that area.

Kasih Salina said...

Angah, kalau dah cuba harap bgtau ye, yelah tak semua hotel kita familiar..mana tau hotel yg Angah pilih tu kami pn bkenan...

Kasih Salina said...

Knor, ni sesekali jer kak. Sebab dh compare, klau tak compare dgn real maka kita tak tau mana yg murah

Kasih Salina said...

Kakzakie, Insya-Allah ada peluang nanti tu...takpun tolong kwn atau adik beradik tempah pun okay jg...

ANIM said...

noted KS. kak tak pernah lagi tempah hotel online ni. takut tertipu. tapi nampak cam senang je ni kan?

Bunda_nora said...

lama dah bunda tak jejak kesini...

SALAM MAULIDUR RASUL

kastari multimedia said...

salam kenal kakak :-)
makasih infonya

Fiza Rahman said...

Cuti2 melaka haritu tempah ngan Agoda.

Kasih Salina said...

Kak Anim,

Insya-Allah..Agoda ni sgt pantas kalau kita dh buat tempahan, tak smapai 2 minit dia bgtau akan htr invois...

pastu refresh balik inbox emel tu tak smpai 2 minit lg dpt dh invois utk kita print...

Kasih Salina said...

BUNDA, terima kasih banyak...

Kasih Salina said...

kastari multimedia,

Iya, sama-sama sebab sudi melawat blog saya...tanyalah apa saja jika saya boleh jawab...jumpa lagi

Kasih Salina said...

Fiza Rahman, kalau boleh share hotel mana yer? Sbb tak pernah jejak Bandar Melaka sejak dah dewasa ni sampai dh berkahwin...

Kalau ada rezeki nk ke Melaka pulak tahun ni...bajet hotel kami biasanya nak yg bwh RM200 tapi selesa (3 bintang minimum)...

Ibu Lala said...

Saya kalau booking hotel sll by fon je. Dah pi sana baru byr.

QasehnyaRania said...

kan murah dan beza sangat sangat.
thanks sharing

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...