Takziah buat keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan beberapa orang lagi yang tercedera...
Kronologi Pencerobohan Lahad Datu
Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan
bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17,
Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan
sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut
membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera
dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di
kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di
kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui
perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir
mereka keluar dari kawasan itu.
14 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah
mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai
Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan
Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar
Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan
Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi
mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan
darah.
14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina
yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram
sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan
pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas
sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di
Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan
Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu,
kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia
akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi
kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30
pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari
lalu.
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus
dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik
perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih
tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera
diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan
kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada
kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan
keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
2 Mac - Jam 1830hrs. Di
mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan
menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya
Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat
diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan
mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang
pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang
terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung
kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap
pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa
ini bagi menghormati keluarga mangsa.
5 Mac - PASUKAN KESELAMATAN LANCAR SERANGAN DI KAMPUNG TANDUO
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh
kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di
sini hari ini.- BERNAMA