kredit foto: sarakids.com |
Hari ada idea plak nak tulis menulis berkaitan panduan beli belah kelengkapan bayi yang bakal lahir. Bagi ibu-ibu dah ada anak 1,2,3,4,5,6 (bape banyak anak daa..) pasti dan mesti dah tau kan, dah ada pengalaman. Tapi untuk bakal-bakal ibu yang 1st time mengandung memang perlu tahu serba sedikit berkenaan panduan beli belah kelengkapan bayi yang bakal lahir. Bukan apa, takut kelam kabut nanti bila bayi anda tu dah nak terkeluar.
1. Keperluan Penyusuan Susu Ibu (susu ibu sangat penting untuk bayi 0-6 bulan)
[ ] Hadiri kelas persediaan Penyusuan Susu Ibu
[ ] 1 Pam Susu (manual/elektrik)
[ ] 10 botol susu penyimpanan
[ ] 1 kotak plastik penyimpanan susu
[ ] 1 krim puting luka
[ ] 6 keping pad payudara boleh basuh
[ ] pemanas susu ibu (warmer)
2. Keperluan Lampin Bayi
[ ] 10 helai lampin
[ ] 1 kotak liner
[ ] 1 kotak wetbag
[ ] 1 beg basuhan
[ ] 1 kotak sabun
3. Keperluan Pakaian & Aksesori
[ ] 10 pasang baju lengan pendek
[ ] 5 pasang baju lengan panjang
[ ] 4 pasang sarung tangan & kaki
[ ] 1 set bantal & tilam
Senarai di atas merupakan keperluan asas dan ia bergantung kepada kemampuan & kedudukan kewangan anda.Terpulang la nak tambah apa-apa keperluan sampingan yang anda fikirkan perlu tapi seeloknya jangan melampau sangat beli kelengkapan bayi sebab bayi terlalu cepat membesar.
No comments:
Post a Comment