Pengacara Dira Abu Zahar menerima keputusan pihak Primeworks Studios yang tidak membenarkan dia terlibat untuk rangka promosi filem Chow Kit gara-gara dakwaan insiden pergaduhannya di pusat hiburan pada bulan lalu.
Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 28, berkata walaupun berasa sedih kerana tidak dapat menjayakan promosi filem pertama lakonannya itu secara rasmi, dia menghormati keputusan tersebut.
“Ini adalah filem pertama saya tetapi malangnya saya tidak terlibat dalam rangka promosi atas keputusan pihak pengurusan studio berkenaan.
“Saya tidak terkilan atau kecewa dengan keputusan itu. Saya tidak mahu berfikiran negatif dan mempersoalkan alasan di sebalik keputusan tersebut.
“Cuma saya melihat keputusan mereka (penerbit) tidak mengadakan pra tonton itu tidak adil buat para pelakon lain kerana mereka berhak untuk menghebahkan mengenai filem ini,” luahnya kepada mStar Online.
Pada awal bulan lalu, Dira dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi.
Dia didakwa mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di dalam pusat hiburan terbabit.
Bagaimanapun, Dira menafikan tuduhan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi apa kata Dira Abu Zahar, sila klik link ini: Mstar

1 comment:
ehem semuga kes dira dpt diselesaikan dgn segera..apa ceta yg sebenarnya ek?..
Post a Comment