Sunday, September 11, 2011

Hari Raya 2 Syawal 1432M di Kuching, Sarawak

 Hari Raya ke-2 ni menu dia special la jugak bagi aku la kan.. Kami dan tetamu yang datang bertandang semua pekena laksa sarawak ni.. bahan-bahan laksa - pakai bihun biasa yang ada kat semenanjun, telur dadar cincang, kuah laksa, taugeh celur, sambal yang pedas & limau kasturi.

kat sarawak ni unik jugak sebab dihidangkan air bergas pelbagai rasa. Mengelak gak perut kalau setiap rumah hidangkan minuman bergas kepada tetamu..kikiki..
 

 close-up lebih dekat lagi laksa sarawak..huhuhu.. mengiurkan.. bagi yang suka masam-masam sikit rasanya, boleh la perah limau kasturi sebagai penambah rasa..

 kuih buah aku suka coz ada rasa masam-masam manis, tapi hubby tak suka daaaa.. banyak kismis 'i like it'.. tiap-tiap tahun mak hubby buat kek buah ni. hubby aku kata sejak dulu lagi mak dia akan buat 2 jenis kek buah masa raya..

 ni plak family kawan anak buah hubyy, si Yasmin tu.. rajin jugak kawan-kawan dia bertandang ke rumah. anak ibu tu menyebuk jer dengan tetamu..

 muka aku yang bulat dan hidung kembang.. with auntie Jee yg dah lama tak jumpa..

 hubby dengan sepupunya, anak uncle Ramli..

 kenangan bersama anak buah pak mertua, kak Tenot (tudung putih sebelah aku) & family

 ni kawan hubby - cikgu saiful, hubby selalu jumpa dia ni kalo balik raya di Kuching..

 family usu Narawi & usu kiah sedang menjamu selera dengan laksa sarawak.. laksa ni adik ipar aku yang buat.. aku tolong makan jer.. kalo rumah aku memang berpeluh ketiak aku duk di dapur jer..

 usu yang comel, dukung cucu-cucunya..
 sampai terlena adik kashif duk atas perut Nek Usu..

ketupat pulut dibungkus dengan daun nyoq, bukan daun palas..huhu.. best gak rasanya mak mertua aku buat ni. tak sangka dapat gak aku makan ketupat ni coz menu ni aku aku yang request..hehehehe.. tq mak mertuaku yang tak jemu-jemu duduk didapur memask menu kesukaan anak menantunya.. kalo balik sana aku memang goyang kaki jer coz semuanya dah terhidang & tersedia..hihihiii.. menantu hantu betoiii la aku ni kan...

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...