Thursday, October 30, 2008

Kamila Dalam NICU


ini gambar hari Kamila dilahirkan.. sempat juga ayah merakam gambar Kamila dalam NICU.. selepas keluar dari perut ibu Kamila terus di bawa ke wad NICU untuk bantuan pernafasan.. masa dalam bilik bedah ibu risau sebab Kamila tak bunyi sangat suara menangis.. masa ni ibu risau sangat takut terjadi apa2 dengan Kamila.. ibu takut sangat kalau Kamila ada masalah jantung atau kena jangkitan kuman sebab doktor kata Kamila ada masalah pernafasan..
hari ke-3 ibu baru sihat sikit dan boleh naik kerusi roda untuk ke wad NICU untuk tengok Kamila.. pertama kali ibu dapat meriba anak ibu sendiri.. seronok sangat ibu rasa.. tapi Kamila masih tak mampu untuk buka mata.. waktu ni puas ibu peluk Kamila..
biasanya ayah akan melawat Kamila 3 kali sehari.. tapi susah untuk masuk dalam wad ni.. ayah & ibu saja dibenarkan masuk.. nenek nak masuk pun tak dibenarkan.. 3 hari sebelum ibu dapat tengok Kamila.. ayah selalu kata yang Kamila senang dipujuk.. ada masa ayah melawat Kamila.. Kamila tengah nangis.. mungkin sejuk kot.. ayah tepuk2 jer badan Kamila.. terus Kamila senyap dan tertido semula..
yang ni ibu tak pastilah Kamila pakai baju hospital ke Kamila pakai selimut.. kesian jugak ibu tengok ayah coz jam 11.30 pagi ayah dah kena bertolak dari untuk ke Perlis nak tengok ibu & Kamila.. waktu melawat jam 12.30 ayah akan pergi tengok Kamila dulu.. lepas tu baru ayah akan melawat ibu pulak.. macam tu jugak jam 4.30 ptg ayah akan melawat Kamila dulu.. lepas tu baru ayah mandikan ibu.. lepas ayah dah siap mandikan ibu & bagi ibu makan baru lah ayah bawa ibu pergi tengok Kamila.. penat jugak ayah waktu tu.. habis waktu melawat jam 7 ptg barulah ayah balik rumah.. jam 8 malam baru ayah sampai rumah..

















Aksi Nur Kamila Usia 3 bulan

Ishhhh2.... seksinye anak dara ibu ni.. masa raya puasa gambo ni.. Kamila tak berbaju coz panas sangat cuaca kat rumah Wan & Ki dia..

Kamila memang suka gelak.. dia pandai memberi respons dan reaksi kalau berada dalam persekitaran yang baru
Besarnya tangan anak ibu ni... mana tak nya.. baru 4 bln tapi berat 6.5 kg.. ibu nak dukung pun terasa penat..

Hehe.. anak ibu ni baru bangun tido.. tu senyum kat ayah dia la tu.. masih duk dalam selimut ayah dia.. muka macam orang malas jer..


Kamila dengan ibu dalam kereta.. pertama kali Kamila duk diam tengok kamera.. good girl.. hehe.. comelnya anak ibu ni.. geram ibu tengok pipi tu.. ni nak kuar pi shopping..

Usia Kamila 2 bulan lebih.. kalau tak silap ni masa bulan puasa.. ibu dah penang dukung.. dirikan dia atas meja kat bank tu.. penatlah ibu nak dukung..


ahaaa.. ni Kamila baru lepas menyusu and baru balik dari rumah pengasuh dia.. seronok la tu dah menyusu.. sanggup dia tunggu ibu balik kerja baru nak minum susu.. tak tau lah bila Kamila nak menyusu botol.. susahnya ibu nak tinggal Kamila kalo ibu ada kursus..

Penatnya ibu & Kamila.. Ibu baru balik kerja dan terus pi ambik Kamila..

Aduhhhh... enaknya Kamila nena.. letih sangat ker..

Wednesday, October 29, 2008

Kamila Melawan Raksasa


aksi ni memang melucukan.. tak sangka Kamila pandai buat lawak nak berlawan dengan patung Bee dia.. Patung Bee ni hadiah dari Jiran Kami.. Pak Arab yang kawin dengan orang Singapore.. Pak Arab ni suka sembang dengan Kamila coz dia kata Kamila Friendly.. Kesian tengok Kamila kalah dengan Bee dia.. mana taknye.. Bee tu lebih beso dari Kamila

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...