Thursday, December 12, 2013

Susahnya Nak Cerai Susu Badan


 Cerai Susu Badan Adik Aliya


Ini budak namanya Nur Kashif Aliya, berumur 2 tahun 7 bulan dan masih menyusu badan sejak lahir. Walaupun menyusu badan, dia suka juga isap susu formula tapi saiz badan dia camtu juga. 

Aku rasa dah tiba masanya adik berpisah dengan susu badan ni sebab dah besar sangat dah. Macam-macam dah aku cuba dan ikhtiarkan supaya dia minum susu formula jer. First sekali aku letak asam jawa. Tapi leceh la nak kena letak sentiasa. Dalam sebulam camtu la plan ni menjadi.

Lepas tu aku cuba letak sirap plak cakap nenen berdarah dan tak boleh hisap dah. Dia tak nak la sekejap, takut dia tengok warna merah tu. Tapi yang tak tahannya, budak ni memang cerdik, sentiasa dia check tengok yang nenen dia akan sembuh dari luka..adoiii..seksa jiwa aku jadinya sentiasa nak check camtu. Dah dia tengok nenen tak ada darah dah terus nak nenen semula. Parah betol dengan budak camni.

Idea ke-3, cuba letak soletape yang putih tu cakap luka nenen, adik tak boleh nenen la. ermmm..sama juga situasinya..idea ni pun tak menjadi juga sebab sentiasa nak kena letak soletape la pulak kan..huhu..

ketiga-tiga teknik dan tektik ni iaitu asam jawa, sirap dan soletape boleh diguna pakai jika waktu siang sahaja..kalau malam-malam masa nak tido tu tak berkesan langsung. selagi tak dapat nenen lagi tu la dia akan buat resah dan macam-macam perangai. 


Donut House of Mini


Donut House of Mini


Biasanya kalau nak makan donut yang best camni susah nak cari kat kawasan ni. Dulu pernah ada kat Jitra, Nash Donut tapi dah tutup dan yang aku tak berapa nak gemar sangat tu pekerjanya Mat Bangla dan Indon. 

Donut House of Mini ni baru jer masuk kat kawasan kami tinggal. Comel-comel jer saiz donutnya, nama pun donut mini kan.. Tiga kali gigit dah habis selamat dalam mulut. haha..Abahnya beli semalam untuk adik dan kakak. 

Masing-masing seronok jer sebab saiznya yang comel. Sekotak tu ada 12 ketui berharga RM 12. ok la tu kan! tapi rasanya tak berapa nak melekat sangat la dengan aku. Pilihan adik sudah pastinya coklat dan kakak plak suka perisa strawberi. 


Ni lah kotaknya. comel jer color pink.




Proton Perdana Terbaru 2014


PM Datuk Seri Najib Razak baru sahaja melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan dengan menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. 

Yang bagusnya...kalau tak silap, ni lah kereta kedua Proton yang mengekalkan nama modelnya selepas Saga. Yang mana pada pendapat aku sepatutnya Proton kena ikut seperti jenama Toyota dan Honda buat model sampai 4-5 generasi dah sekarang ni.




Nak lagi best, siap ada dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk PM dan timbalannyaTPM. Pada majlis itu, PM juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Proton Perdana baru untuk kerajaan didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun, kereta ini tidak dijual kepada orang awam buat masa ini.

Dijangka sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.




Wednesday, December 11, 2013

Kartun GST, Betul Ker?




Goods & Services Tax, senang cakap GST...atau dalam bahasa ibunda kita CBP (Cukai Barang & Perkhidmatan) adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja sahaja, senang cerita..kalau kita tak berbelanja maka GST tidak dikenakan. 

GST ini akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. Khabarnya, kini lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakan. 

Satu laman web khas berkenaan GST dikendalikan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah diwujudkan di sini >> LINK <<
Maka bersedialah, Malaysia akan melaksanakan GST pada 1 APRIL 2015...



Gaji Permulaan Tinggi Penjawat Awam PhD dan Sarjana


Gaji Penjawat Awam Berkelulusan PhD dan Sarjana Tinggi


Bagi yang terlepas info ini, khususnya yang sedang melanjutkan pelajaran untuk Masters dan PhD...kini kerajaan sedia untuk menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan, termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

Jadi bagi anda yang telahpun menyambung pengajian ke peringkat Masters dan PhD ketika ini, khususnya bagi yang sedang berkhidmat dalam kerajaan maka pengorbanan masa, wang ringgit dan masa... anda bakal mendapat ganjaran yang setimpal...tahniah atas dedikasi dan komitmen anda yang dahagakan kejayaan demi kejayaan.

p/s: Seronok sebenarnya belajar ni, nak nak bila berkonvokesyen...perasaan dia, tak terhingga! Walaupun pasangan kita yg konvo, tetapi tempiasnya terasa...

*Suntingan dr sumber: BERNAMA



Banjir Gelombang Kedua Terengganu


Lewat petang tadi, aku terima pengkhabaran dari kampungku di Kuala Berang, Terengganu yang mana berlaku pulak gelombang kedua banjir, kali ni lebih tinggi daripada minggu lepas. 

Depan rumah telah dibanjiri sehingga jalan utama...
Ha ni gambar backyard...
Tepi rumah, awas ada longkang situ...
Ni jambatan utama yg menghubungkan kampungku dengan pekan Kuala Berang...sungai tu sangat rendah dari kedudukan jambatan, tetapi bayangkan bagaimana boleh jadi setinggi tu...
Moga-moga tidak berlaku banjir lebih besar yg boleh menjejaskan rutin harian dan kewangan penduduk kampung semua...juga di kawasan lain seperti di negeri Pahang dan Johor...Amin.



Tuesday, December 10, 2013

Kembali, Masjid Sultan Badlishah


Kembalinya blog ini selepas bersawang selama hampir 6 bulan...biarlah dimulai dengan perkara yang sebaiknya dalam banyak-banyak info yg baik yang sering dikongsikan di sini.

 Masjid Sultan Badlishah, Universiti Utara Malaysia (UUM)


Masjid ini di bawah pengurusan Pusat Islam UUM adalah lengkap dgn library, computer lab, cafeteria, lecture hall, meeting rooms, wifi (untuk staf dan pelajar menggunakan password).Pelbagai aktiviti pelajar dan staf direncanakan di sini malahan juga melibatkan aktiviti orang ramai dan penduduk sekitar...

Yang terbaru ialah Program Pencarian Ikon Srikandi Kedah pada 9 Disember 2013 baru-baru ini...



Begitulah fungsi masjid di Lembah Sintok ini, dan saya yakin begitu juga masjid-masjid lain di lembah ilmu khususnya di IPTA seluruh negara. Banyak aktiviti pelajar selain kerohanian sering diadakan baik di perkarangan masjid mahupun secara indoor. 

Selain menjadi tumpuan ketika solat Jumaat, semestinya masjid ini juga menjadi tumpuan khususnya ketika majlis ibadah korban ketika Hari Raya Haji dan juga sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun. Ada saja aktiviti yang menghidupkan masjid dan tidak terkecuali dengan sumbangan bubur lambuknya...


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...