Sunday, August 10, 2008

21 Jun 2008 SELAMAT MELAHIRKAN ANAKKU

Jam 8.20 pagi pada 21 Jun 2008 di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis aku selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Nur Kamila Qistina Binti Mohamad Zamhari. Kamila selamat dilahirkan melalui pembedahan caserean setelah 11 jam ibu berada dalam labour room..





























Majlis Pernikahan & Persandingan Linda

Inilah dia satu-satunya gambar masa perutku membesar selama 7 bulan. Mana taknya masa mengandung tu cam rasa malas jer nak bergambar. Masa ni aku balik kampung untuk buat kenduri kesyukuran sikit dan juga untuk meraikan majlis kenduri kawin adik sepupu aku ni..










Inilah sepupuku yang baru kawin pada 3 Mei 2008. Kalau diikutkan hati malas jer aku nak balik kampung tapi mengenangkan orang tua di kampung kena balik jugak lah. Yelah..jauh sangat. Ambik masa sekurang-kurangnya 8 jam. Apatah lagi waktu2 dah sarat mengandung tu lagi lah penat.














































Friday, February 22, 2008

Trip Makan Angin di Tanjung (Penang) 1-3 Feb 2008

1st Day.. kami sekeluarga stay kat Sri Sayang Apartment.. kat area Ferringghi ler.. maklumlah nak duduk beach area.. lagipun ni 1st time keluarga hubby mai sini landing kat airport penang.. dah ler aku dengan hubby lambat jemput depa ni kat airport.. ingatkan lambat lagi flight nak sampai.. kebetulan kami pun bertolak lewat sikit dari Kedah.. dah lah jalan sesak giler.. kesian.. terpaksa lah tunggu kat airport tu 1 jam.. risau gak kami takut kena marah jer.. tu yang tak habis2 aku sms apa yang hubby aku cakap kat adik dia..


Sri Sayang Apartment ni ok lah jugak.. murah pun murah.. 2nd day ni kami nak pindah ke City Bayview Hotel plak.. sepatutnya kami stay kat apartment ni 2 malam.. start 31 Jan 2008 la.. tapi nak buat macam mana flight air asia ni wat hal plak.. delay ke 1 Feb 2008.. tension gak kami coz dah banyak benda yang kami plan.. selama ni tak pernah la pulak flight air asia buat hal.. tapi.. apa2 pun air asia tetap yang terbaik setakat hari ni..












































Happy 4th Anniversary - 1/1/2004-2008
















Sunday, December 16, 2007

Melabuh Tirai 2007

Hari ni dah 16 December 2007.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2007.. Yang paling mengembiarakan dan kadang2 aku rasa melucukan jugak sebabnya tak lama lagi aku bakal menjadi mama.. Rasa macam tak percaya jer aku bakal menjadi mama.. Rasa macam budak2 jer lagi.. hehe..

Tahun 2007 & 2006 tak banyak bezanya.. Aku menghadapi suasana yang sama juga.. Pelbagai rintangan dan masalah yang timbul.. Yang paling membebankan ialah selepas kereta kami accident.. Sampai sekarang pun belum selesai lagi kes tu.. Tapi tanggungan hutang dengan bank kena bayar jugak.. Mana lagi nak bayar hutang masa belajar lagi.. Boleh pecah kepala kalau nak pikir semua tu..

Tapi nak buat macam mana kan.. Kehidupan mesti diteruskan.. Aku takkan mengalah dengan takdir dan takkan sama sekali menyerah kalah dengan masalah.. Kekadang tu aku pun tak tau datang dari mana kekuatan yang aku ada.. Walau apa pun.. Setiap manusia yang ada dimuka bumi ni ada masalah kan..

Macam2 cerita yang ada.. Awal bln Desember.. ofis aku ni dapat lah bos baru.. Entah lah.. Ada sedikit kepelikkan nya.. Memang la manusia tak semuanya sempurna.. Entah la.. Kekadang aku rasa dia ok jer.. Kekadang lak rasa macam tak ok jer..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...