Showing posts with label Zizan Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Zizan Raja Lawak. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Zizan Razak Juara Super Spontan, Membawa Pulang RM 100,000 Dan Kereta Toyota Camry 2.0G

Pelawak Zizan Razak menyambut gelaran juara Super Spontan dengan reaksi sebak pada pertandingan akhir yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka Finas, di sini, malam Jumaat.

Zizan menang dengan 48.7 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton dan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta sebuah Toyata Camry 2.0G.

Tempat kedua pula berpihak kepada Johan dengan 45.4 peratus undian dan memenangi RM50,000 dan trofi.

Zizan sebak Tatkala dinobatkan sebagai juara Super Spontan musim pertama, Zizan dilihat kelihatan sebak dan Zizan juga menyangkal kemenangannya berdasarkan populariti beliau yang sedia ada berbanding peserta lain. 
“Saya percaya undian penonton bergantung kepada tahap kelucuan aksi spontan peserta. Apa pun, saya harus berterima kasih kepada peminat saya dan Jozan atas sokongan mereka,” katanya yang turut mendedikasikan kejayaan itu kepada Johan.

Johan yang bergelar naib juara berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk bergelar juara dalam sesuatu pertandingan atau acara yang membabitkan undian SMS.

Namun, katanya dia percaya turut mempunyai peluang untuk merebut tempat di antara tangga kedua dan seterusnya.

 
Johan bergelar naib juara.

“Bagi saya sokongan penonton sama ada menerusi undian atau dengan tepukan pada persembahan saya sekali pun adalah memadai.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk bergelar juara apabila sesuatu pertandingan atau acara membabitkan undian SMS tetapi saya percaya peluang untuk berada di antara naib juara hingga tempat ke-10 itu ada,” katanya.

Pentas akhir Super Spontan disiarkan secara langsung pada Jumaat pukul 10 malam menerusi tiga saluran serentak iaitu Astro Warna (saluran 132), Astro Mustika HD (saluran 134) dan SingTel Mio TV di Singapura. (Mstar)

Thursday, May 24, 2012

Enggan Hadir Promosi - Tuduhan Nak Jatuhkan Zizan Razak

Pelawak dan pengacara Zizan Razak (Raja Lawak) menyifatkan tuduhan dia sukar memberikan kerjasama bagi menjayakan promosi beberapa buah filem lakonannya adalah cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerjayanya.

Zizan,28, berkata dakwaan itu adalah tidak adil kerana dia dan pihak pengurusan tidak pernah melanggar sesuatu perjanjian dan komitmen jika ia sudah diatur dari awal.
“Masalahnya, ada syarikat produksi meminta komitmen saya pada saat-saat akhir sedangkan jadual saya bagi tarikh dan waktu tersebut sudah diisi dengan urusan lain. Apabila saya tidak dapat memenuhinya, timbul pula cerita saya sukar memberikan kerjasama,”
Terbaru, Zizan sekali lagi didakwa enggan terbabit dalam rangka promosi filem Jalan Kembali... Bohsia 2 terbitan Skop Productions kerana sudah terikat dengan penggambaran filem lain.

Ditanya mengenai perkara itu, Zizan berkata dia tidak mendengar apa-apa berhubung dakwaan tersebut.

Namun, dia lebih menghargai jika ada pihak yang tidak berpuas hati agar menyatakan terus kepadanya daripada hanya tahu “cakap belakang”.
“Tidak adil untuk tuduh saya enggan beri kerjasama kerana pada malam tayangan perdana filem itu baru-baru ini, saya sempat singgah walaupun saya mempunyai kerja di luar Kuala Lumpur pada keesokan paginya,” jelas Zizan.
Mengenai perasaannya berhubung isu tersebut, Zizan berkata dia berasa terkilan kerana dipersalahkan sewenang-wenangnya atas masalah yang turut disebabkan oleh pihak lain. (Mstar)

Friday, April 27, 2012

Kereta Mewah Milik Aaron Aziz & Zizan, GTR & Evo 10 Versi M7



Fenomena Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak menjadi-jadi, rasanya takde sape yang tak kenal Zizan dan Aaron Aziz kan! Untung nasib badan bila rezeki melimpah-ruah masuk. Kedua-dua selebriti ini telah merangkul anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru-baru ini yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting. Sungguh bertuah dan buntung bila rezeki melimpah-ruah masuk.

Sape tak jealous, bila umum mengetahui  kereta Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan seorang lagi pakai M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition milik Zizan dan Aaron Aziz. Hahaa.. Tu baru betul KL Gangster bro..








Wednesday, April 25, 2012

Gambar Sambutan Hari Lahir Ke-28 Zizan Raja Lawak


Pelakon dan pengacara Zizan Razak / Zizang Ganu Kita telah menyambut ulang-tahun harijadinya yang ke-28. Acara kejutan ini diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak.

Majlis ini turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Zizan dan dua artis yang bernaung di bawah syarikat Zizan; Wire Fame Sdn Bhd iaitu Johan Asa’ari dan Kaka. Beberapa gambar sekitar Majlis Hari Lahir Zizan:





Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...