Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

Aiskrim Kelapa dan Air Kelapa


 Hari khamis minggu lepas aku pergi lagi ke Songkhla Beach, kali bawa adik aku plak. Pergi kali ni tak best sangat nak berjalan sebab hujan lebat. Orang menjual makanan pun tak ramai, tapi orang Malaysia macam biasa la tetap ada jalan-jalan kay sana. Hujan lebat menyebabkan naik air laut dan peniaga tak boleh nak meniaga. Ingatkan nak pergi lagi ke tempat yang kami aritu.

Masa aku pergi hujung bulan oktober baru ni tak jumpa plak aiskrim kelapa ni..rasa dia memang sedap.Aiskrim tu dibubuh dalam buah kelapa yang ada isi, 3 scoop aiskrim, kepingan roti, kacang tanah, lobak merah yang di sera dan lain-lain bahan yang aku tak tau namanya. Harga aiskrim kelapa ni RM 3.50 satu.


Sebelum tu abah dan adik dah pulun makan buah kelapa ni, RM 2 sebiji tu. Air dan isi kelapa tu pun sedap juga. Kalau kat Danok boleh dapat RM 1.50 jer sebiji, buah kelapa ni besar jugak, memang berbaloi sangat membelinya.


 

Tuesday, December 11, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoren Anjung Keli, Kangar


Aku rasa kalau orang Kedah/Perlis ni ramai yang dah tahu akan kewujudan Restoren Anjung Keli ni, terletak di Jalan Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis. Masakan utamanya sudah tentu la berasaskan ikan. Aku & hubby serta anak-anakku memang gemar sangat-sangat makan ikan keli bakar.


Anak aku si kakak tu suka ratah camtu jer ikan keli bakar ni..sekor tu habis sekali dihadapnya..

Ikan keli bakar  dia rasa lemak-lemak manis jer..memang terbaik dan segar dari ladang. Biasanya kami akan ke sini sebelum lunch hour sebab makanan dia cepat habis..


 Selain ikan keli bermacam-macam lauk pauk lagi yang ada..lauk-lauknya semua sedap dan menyelerakan


 Selain daripada Ikan keli bakar, aku suka juga ikan keli salai dan keli masak kari..

  Ni pulak Keli pedas dan Keli goreng.. Gambar yang aku ambik ni banyak fokus kepada masakan yang berasaskan ikan keli jer tapi menu lain memang banyak sangat kalau nak disebutkan.

 Pelbagai jenis ulaman yang ada ikut citarasa anda dan termasuklah aneka rasa sambal belacan yang ada, memang kecur liur aku tengok. Budu pun ada juga disediakan untuk pengemar budu.

 Buah-buahan pun ada juga sebagai hidangan pencuci mulut..

Jam 12 tengahari pun dah ramai orang bagai nak rak, ini kan plak lunch hour, memang sesak dan padat.



Thursday, October 4, 2012

Makan Steamboat Sedap di Kangar




Assalamualaikum & salam sejahtera..

Ini cerita sambungan kisah kakak ajak makan di restoren, ibu dan abah memang dah plan nak bawa kakak makan-makan cuma nak tunggu masa sesuai jer.. so, pada suatu malam tu, kami pun plan makan steamboat di Kangar, tempat ni memang best dan terbaik bagi kami setakat ni la tapi kena booking sehari sebelum nak pi makan.. camno tu eh! biasalah tu sebab makan steamboat ni kat Hotel Seri Malaysia Kangar.


Ni kali ke-3 dah kami makan steamboat di Hotel Seri Malaysia Kangar. Macam-macam la ada, kira puas hati lah kami ambik set untuk 2 orang makan dan bayaran dikenakan RM 35 / set. Aku rasa cam dah murah tu banding dengan lain-lain hotel yang telah aku survey.


Adik pun masam jer tunggu turn dia nak dapat makan plak. Konsep steamboat di Hotel Seri Malaysia Kangar ni rebus dan grill. memang marvelous!!! huhhhh.. teringat-ingat lagi tu, ni pun aku rasa cam pi lagi jer.. ishhh, melampau benor la tu..



Nasi gorang pun depa bagi jugak untuk 3 orang makan pun buleh sangat ehhh.. nasi goreng ni untuk aku dan beberapa ketul ayam & daging marinated yang telah kami grill.. amacam! terliur dan tergoda tak korang melihatnya..



sori ler gambaq yang aku tangkap ni gelap sikit sebab guna kamera murah ja dan tempat tu pun kelam sangat-sangat ala-ala candle light dinner gitu ler kome..






Sedikit Info:

Hotel Seri Malaysia Kangar,
Lot 8101, Mukim Utan Aji
Persiaran Wawasan
01000 Kangar

TEL: 04-9771777 FAX: 04-9772777


Monday, December 5, 2011

ABC Sedap & Terbaik di Food Court Pacific Alor Star

ABC yang kakak makan ni memang yang terbaik lah penah aku jumpa sejak duk di Kedah ni haaa..faham2 jer lah kan, mana ada banyak restoran atau kedai makan yang sedap2 macam kat KL nung..susah nak jupe wei..so, jupe yg sedap camni pun suka sangat doh la..Bahan2 yang dia bubuh tu memang banyak & mengeyangkan.. harga RM 2.50 tapi berbaloi2 sangat..

Kalo ke Pacific Alor Setar tu memang food court dalam Pacific tu lah yang kami tuju..macam2 menu jugak yang ada kat sini tau..satu lagi aku suka minum air kopi panas apa nama entah aku lupa daaa..

ni menu wajib la yang kami pilih..Nasi Arab untuk hubby aku, nasi dia masak memang lembut giler dohhh.. ayam dia kalo kita gigit rasa berlemak & sangat2 lembut isi nya..jangan takut untuk mencuba makanan bangsa lain..rugi kalo tak mencubanya..

puding karamel ni hubby beli kat gerai ABC tu lah, RM 2.50 gak..aku rasa cam teringin nak makan, last2 hubby aku yang menghabiskannya..hubby aku kata sedap, aku lak rasa cam puding dia keras sket dan dia punya karamel tu hangittttt..pahit 'lepang' kata orang ganu..

sup nasi arab tu nampak jer jernih & macam sup kosong tapi sodap oooo.. Adik Kashif pun makan nasi arab gak tu..hubby aku lupa nak tangkap gambar bihun sup makcik tu pun sodap..sup makcik tu lain dari yang lain..pekat & likat dia aku tak penah jumpa la, tapi sedapnya yang amat lah..

Wednesday, November 23, 2011

Steamboat Di Hotel Seri Malaysia Kangar Memang Best Giler (RM 35 for 2 persons)

Terdapat 3 kategori untuk Menu Steamboat di Seri Malayisa Kangar

Masa stay di Putra Palace Kangar ritu, kami bukan main lagi nak makan apa menu yg ada kat hotel tu jer & malas dah nk kuar cari makan malam kat tempat lain.. sakit punya ati, kami pun Google jer lah kat mana & kot2 ada la restoren yang buat steamboat kan.. Google pun Google terjumpa la menu steamboat Seri Malaysia Kangar ni kat FB..flyers macam kat atas ni ler..

hubby aku kata harga RM 35 for 2 persons & macam2 ada memang murah la kan..dah tengok tu memang tak ragu2 lagi la & hubby call Hotel Seri Malaysia Kangar tu untuk confirm kan lagi betul tak rega camtu..kami pun terus booking & kemas2 untuk pi makan.. memang tak saba la time coz kami dah lama sangat teringin nak makan steamboat yang best cam gini..

untuk membuat tempahan, sila hubungi hotel seri malaysia kangar,
tel: 04-977 1777







sayur mayur yg segar bugar & lazat dicelur dengan tomyam tu..
segala mee ni kami sentuh sikit jer.. x larat nk makan dah..byk sangat ka..
pelbagai jenis sauce yang ada..aku pun tak tau nama apa sauce tu
Daging ni memang best Grill camtu..daging tu dah di marinate dengan rempah apa pun aku tarak tau daaa..gigih jer aku merebus benda alah tu..soup tomyam dia pun takde la pedas sangat..sedap la bagi kami..daging marinated tu habis hubby aku jer yg byk melantaknya..
Nasi goreng yang diorang bagi ni memang banyak giler la..untuk 4 orang makan pun boleh.. sedap kalo dimakan time panas2 tu tapi dah sejuk x best sangat coz nasinya agak lembik sket.. but ok la 

Wednesday, July 20, 2011

Huski Arau

Balik dari Lembaga Hasil kat Kangar, nak cari la western food restaurant. Rasa cam dah lama tak makan kat Kopitiam, asyik ikut cakap kakak jer nak makan kat Restaurant tok janggut jer (KFC). Boring la jugak kan..then, aku teringat kat Arau ada western food restaurant baru "Huski". Teringin la jugak nak test food nya..Kami pun drive back headed to C-Mart arau.



Customer tak ramai, so jap jer lah makanan yg di order siap dimasak.



Kakak wat peel betol kalo nak bergambo..pandai jual mahal deh..kecik lagi tu kakak weiii..



Sabar menanti menu yang dipesan tiba untuk dingap..


Air untuk ibu - Hot Chocolate RM 5. Best la jugak.


Air pilihan abah - Apple Juice RM 6.50. Sedap & dapat gelas besar..best..best..



Fun Fries - RM 6 untuk kakak. Berselera bebenor kakak makan, puas hatilah coz fun fries besar2, sedap & ranggup.



Pilihan menu abah Oriental Chicken Chop. RM 15 - tak sedap sangat, ayam dia tak ranggup. Kat Kopitiam lagi best, ayam pun besar & murah sket reganya..



Ibu makan Grill Chicken Rice - RM 5.50 - Ayam dia best..nasi & sup biasa2 jer lah..



kakak enjoyed with fun fries..



abah mengomel kata sweet corn tapi tak sweet pun..



tu dia habis semu sapu, tinggal tulang berulang jer..jangan membazir ye..tu pesanan yg abah selalu cakap dalam bab makan ni..



Kesian kat adik Kashif duk dalam stroller jer lah, lom mengerti apa2 lagi kan. Sabar dik nanti dah beso makan la apa yang adik nak makan selagi benda halal.



Dah siap makan minum semua kat Huski tu kami pi cuci mata plak kat dalam C-Mart tu. Saja2 window shopping nak nengok apa yang bezanya gan C-Mart Changlun ni..Ok la jugak nampak happening nya & ada la jugak kelainannya. Syabas aku ucapkan kepada taukeh C-Mart ni kerana berjaya memajukan pekan kecil yang tidak sangat dikenali ramai seperti Changlun & Arau ni.



Balik dari C-mart arau kami masuk dalam UUM plak, ibu nak massage kaki. Rasa sakit sangat tapak kaki semenjak dua menjak ni..mengada2 la pulak kan..sama la cam kakak tu dia pun nak massage kaki gak..tapi tak aci lah kakak pakai kasut..

Monday, February 7, 2011

SaKiT HaTi MakaN Kat Marry BroWn

sori la kalo aku cakap makanan kat marry brown ni memang teruk la bagi aku.. sakit jugak hati mengenangkan apa yang kami makan aritu.. langsung tak meyentuh selera aku.. aku xde feel langsung makan kat situ.. tapi aku tetap lagi la bersyukur kerana masih ada lagi rezeki yang boleh di makan dibumi Allah ni..



memandangkan kami memang xde pilihan sangat nak makan kat area Changlun ni terpaksa la kami ke Marry Brown ni untuk mencuba resepinya.. dah pilihan kedai pun sikit jemu la jugak makan kat kedai yang sama jer.. time2 tertentu aku memang jarang masak coz aku memang xde masa nak masa.. ada jugak time2 tertentu memang banyak masa tuk masak.. so, kalo time xde masa nak masak ni memang susah la pilihan tempat makan.. lain la kalo duk tengah2 bandar beso tu.. kadang2 kalo nak ubah selera terpaksa masuk dalam kampus UUM tuk lunch.. baru la jumpa pelbagai makanan.. murah2 plak tu.. tambah lagi kalo aku pi kat tuan Cafe nya aku kenal..




yang ni anak aku makan tak habis pun.. dah la anak aku ni susah nak makan apa saja la.. buat habiskan duit aku jer..



ni nasi yang hubby aku order.. nasi lemak kot.. aku tak ambik port sangat apa ke namanya.. lagipun dah lama sangat aku tak ke Marry Brown ni.. kat area Changlun ni pun baru jer bukak daaa...



ni nasi yang aku pilih plak.. telan la jugak walaupun x leh kuterima rasa sosnya.. kami memang takkan membazir makanan walaupun makanan tu x sodap..


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...