Ini adalah petikan dari Mstar Online yang mana pengalaman pihak media merasai sendiri pandu uji kereta Proton Preve.
Walaupun hanya berkapasiti 1.6 liter, pemanduan penulis menggunakan Proton Preve dirasakan begitu ‘kencang’ seperti model 2.0 liter.
Maaf cakap meskipun melebihi had laju di lebuhraya, penulis mampu mencatatkan kelajuan sehingga 200 kilometer (km) dalam pandu uji model terbaru Proton itu ke Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Malah terdapat beberapa rakan media lain yang turut sama dalam Program Merasai Pengalaman Proton Preve anjuran Proton ‘memecut’ laju sehingga 230km.
Penulis merupakan antara 36 wakil media serta empat stesen televisyen yang menyertai program uji pandu bagi model berkenaan sehingga ke Club Med Cherating, Kuantan.

Perjalanan hampir 300 km yang bermula dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam sehingga ke Club Med Cherating begitu mengujakan.
Walaupun melalui tujuh perhentian bagi penukaran model varian transmisi manual kepada automatik dan giliran pemandu (setiap kereta diwakili dua media) namun pemanduan kekal bertenaga dalam sesi uji pandu model baru Proton ini.
Penulis berpendapat Proton Preve sewajarnya sesuai untuk dijadikan pilihan untuk generasi muda dan mereka yang menggemari pemanduan berprestasi tinggi.
Ia juga amat bersesuaian dengan pilihan seisi keluarga kerana modelnya mempunyai ciri-ciri mesra keluarga, yang begitu luas dan selesa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, sila ke link ini : Mstar Online