Si kembar Upin & Ipin ni makin menjadi kegilaan kanak-kanak & dewasa sama ada dalam mahu pun luar negara. Kini, nampilkan produk penjagaan diri untuk kanak-kanak pulak. Eh, untuk orang dewasa takde ker? Ni kalo si kakak (Kamila) tengok mesti mengamuk nak beli. Aku dah intai-intai tadi kat pasaraya Jitra & Alor Setar, belum ada lagi kelihatan produk penjagaan diri Upin & Ipin nih. Mungkin kat bandaraya besar dah ada kot..
Bungkusan produk bagi setiap koleksi direka khusus memberi informasi mengenai kegunaan kepada kanak-kanak. Dengan ciri-ciri menarik ini, kini anak-anak dapat menikmati masa mandian mereka dengan selamat, penuh keriangan di samping mudah digunakan.
Koleksi produk penjagaan diri Upin & Ipin ini boleh didapati di semua pasar raya berhampiran seluruh negara. Ia berharga di antara RM13.90 hingga RM16.90.
Koleksi produk penjagaan diri Upin & Ipin ini boleh didapati di semua pasar raya berhampiran seluruh negara. Ia berharga di antara RM13.90 hingga RM16.90.
Produk pencuci tangan Upin & Ipin dengan harapan kanak-kanak lebih memahami mengapa mereka harus membasuh tangan sekali gus mendidik mereka menjaga kebersihan diri. Terdapat tiga variasi haruman iaitu epal hijau, strawberi dan gula-gula buah serta diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E untuk melindungi kulit.
Koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini mengetengahkan aroma buah-buahan dan gula-gula buah diperkaya daun lidah buaya dan vitamin E yang berfungsi melembapkan kulit dan merapikan rambut. Produk ini terdiri daripada syampu beraroma yang lembut untuk mata. Ia diperkaya dengan aloe vera dan vitamin E sebagai bahan pelembap dan merapikan rambut agar lembut dan mudah diurus.
Krim mandian Upin & Ipin bebas bahan kimia berfungsi membersih dengan lembut dan mudah dibilas.
Losen badan pula mengandungi ramuan protein susu yang mudah menyerap dan melembapkan kulit manakala krim mandian daripada hujung rambut berfungsi membersihkan rambut dan badan dengan sekata.
Losen badan pula mengandungi ramuan protein susu yang mudah menyerap dan melembapkan kulit manakala krim mandian daripada hujung rambut berfungsi membersihkan rambut dan badan dengan sekata.
1 comment:
Wahh! Makin maju ek Upin Ipin ni :D
Post a Comment