Berkunjung ke Langkawi, tak lengkap rasanya tanpa island hopping. Gambar ini diambil ketika berada di Tasik Dayang Bunting yang terkenal dengan mitosnya itu. Kisah rakyat turun temurun ini menyatakan bahawa bagi wanita yang telah berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata untuk jangka masa yang lama, bolehlah mencuba untuk meminum air tasik ini yang diyakini mampu memberi harapan baru.
Di sini lengkap dengan kemudahan seperti sukan air, tandas awam dan juga pondok istirehat. Pengunjung juga dibenarkan berenang di tasik misteri ini tetapi terdapat had jarak yang dibenarkan untuk keselamatan. Pernahkah anda mengurut telapak kaki anda? Sudah tentu pernah bukan? Tetapi di sini anda berpeluang diurut oleh kejinakan ratusan ikan keli yang terdapat di kolam khas berdekatan. Apa yang penting, ia percuma!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai
Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...
-
Semalam jiran berdekatan rumah aku, Abg Mat panggil untuk repair 2 bijik laptop dia, yang satu cuma problem nak guna Microsoft Of...
-
Terkejut juga bila mendengar yang pengacara MHI, Ally Iskandar akan bernikah 20 Januari 2012 nanti dan khabarnya Farah Lee (calon isteri...
-
kadang-kedang jemu jugak dengan makanan yang kita masak sendiri kan, kasih salina & hubby gemar jugak makan makanan dalam tin, sekali...
No comments:
Post a Comment