Wednesday, April 5, 2017

Chicken Butter Milk, Simple dan Lazat


Sebut aje chicken butter milk memang anak-anak suka. Lemak berkrim disukai ramai. Tapi kalo terlebih makan rasa muak juga. Resepinya sangat2 simple tapi lazat. 

Resepi Chicken Butter Milk

Bahan-bahannya: 
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau 
  • Minyak untuk goreng ayam
 Cara masaknya :
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  2. Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  3. Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  4. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  5. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  6. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  8. Tapi aku suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer. 
  9. Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  10. Dah siap, makan dengan nasi panas2..

Swimming Pool EDC Hotel, UUM, Sintok


Ni kisah cuti sekolah bulan Mac 2017 baru ni. Kakak & adik nak sangat pi swimming pool. Dua beradik ni memang suka sangat dengan air. Main air plak berjam-jam lamanya. Minggu cuti sekolah ni kebetulan plak hujan je belah petang sepanjang minggu tu. Jadinya, memang takde la aktiviti outdoor depa ni masa cuti sekolah.  So, kami cakap dengan anak-anak kalau nak ke swimming pool kena bangun awal pagi. Makanya, jam 9.30 pagi bertolak la ke Hotel EDC UUM, Sintok. Dari rumah kami 15 minit saja. Swimming suit dah pakai siap-siap dari rumah. Tinggal nak jump saja. 


Adik plak complain kenapa kolam budak-budak kecik sangat. Tak puas nak main katanya. Kakak memang terjun kat kolam dewasa dah. Terpaksa la kakak melayan kerenah adik. Dua beradik ni boleh tahan juga kuat bergaduh. Sangat stress nak handle depa berdua ni.
Harga Tiket masuk ke kolam renang EDC Hotel, UUM
Dewasa - RM 8
Kanak-Kanak - RM 5
Sauna pun ada juga tapi aku lupa harganya. 


Zayan dah mula merengek sebab lama sangat teman kakak-kakak dia main air. Mana taknya, pukul 12 tgh baru kakak & adik keluar dari pool. Itu pun dengan kuasa veto abah suruh naik. Bertabah la wahai ibh dan abah. Memang penat melayan kerenah anak2. Tapi inilah yang akan dikenang bila anak2 dah besar nanti.


Monday, April 3, 2017

Coconut Ice Cream in Changlun


Siapa yang tak suka makan aiskrim kelapa memang rugi bak ang.. dia punya kesedapan dia.. wallahhhh.. rasa yang lemak berkrim, memang digemari ramai.. first time kami makan masa pi Songkhla.. pekena sekali memang teringat-ingat..

Now!! Kami jumpa di Changlun. Aiskrim dia sebiji sama macam makan kat Songkhla.. Nikmatnya ya Allah makan time panas lit lit lit..


Ibu makan coconut ice cream ni kongsi plak dengan Zayan. Habis separuh kat dia jer yang telan.. haha.. sebab sedap tu Zayan pun suka. RM 5 untuk saiz dalam gambar ni.. 



Birthday Zayan Azfar (27 Januari 2017)


27 Januari 2017 genaplah anak ibu no.3 Zayan Azfar umur 2 tahun. Sambut birthday dia dengan deman & selsema. Kesian anak ibu ni, hampir sebulan juga demam & berat pun susut. 


Ibu pilih kek chocolate indulgance untuk Zayan, kakak kamila & kakak kashif pun suka. 


Petang tu abah decide untuk sambut birthday Zayan kat Kayu Kitchen sambil makan-makan. Nasib baik cuaca elok, syok la skit boleh duduk kat bahagian takdak bumbung. 

Muka Zayan dah cengkung sebab demam lama sangat. 

Saturday, April 1, 2017

Sotong Masak Kari dan Ikan Goreng Berempah



Resepi Sotong Masak Kari

- 1/2 kg sotong, banyak telur sotong lagi best.
- 1 sudu serbuk kari
- 1/2 biji tomato (potong dadu)
- 2 ulas bawang putih (ketuk dgn belakang pisau)
- 1 labu bawang besar (mayang halus2)
- 1 sb cili giling
- 1 sk jintan manis
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air
- minyak untuk menumis
- daun kari / daun limau purut
- sedikit garam & gula
- lidi utk cucuk sotong supaya telur sotong tak terkeluar.

Cara-cara masak:

1. Sumbatkan kepala sotong dalam badan sotong & cucuk dengan lidi supaya telur tak terkeluar.

2. panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang besar, tomato, daun kari, cili giling, jintan manis dan serbuk kari. 

3. Masukkan sotong dan gaulkan rata. Kemudian, masukkan santan pekat dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Santan juga boleh digantikan dengan susu cair. Jangan masak sotong terlalu lama.


Resepi Ikan Goreng Berempah

- bawang merah
- bawang putih
- serai
- lengkuas
- blend / tumbuk semua bahan di atas
- daun kari
- ikan (apa2 jenis)
- sedikit garam, serbuk ketumbar, serbuk kari, serbuk kunyit dan cili giling. 
- minyak untuk mengoreng.

Cara-cara Masak:

1. Gaulkan semua bahan2 di atas dan lumurkan pada ikan. 

2. Panaskan minyak & goreng ikan. 

Thursday, February 18, 2016

Review: EZ Sliwhide


Apakah EZ Sliwhide?

Produk EZ Sliwhide merupakan suppliment yang diformulasikan untuk menurunkan badan & mencapai berat badan yang ideal, mencerahkan kulit dan menyahkan toksin dalam badan (Slimming - Whitening - Detox).

EZ Sliwhide dalam bentuk serbuk yang berperisa buah markisa (passion fruit), memudahkan pengguna ambil segera tanpa bancuh, tanpa air, hanya tuang bawah lidah sedikit demi sedikit dan kemam perlahan-lahan. Tekstur serbuk yang halus memudahkan ianya larut dengan air liur.

Kandungan bahan formulasi EZ Sliwhide ialah Garcinia Cambogia, Pure Astaxanthin, Pure Pearl Powder, Vitamin C&E, Collagen, Dandelon, Arabic Gum, Green Tea, Extract Sakura.


Cara Pengambilan EZ Sliwhide:

1 sachet sehari
2 sachet sehari - untuk kesan yang berganda

*koyak, tuang atas lidah & terus kemam.


Perhatian:

  1. EZ Sliwhide tidak sesuai untuk wanita mengandung. 
  2. Elakkan minuman berkafin seperti teh & kopi serta minuman bikarbonat dan ais untuk kesan terbaik sepanjang pengambilan. 
  3. Minum air masak secukupnya mengikut kesesuaian badan anda untuk kesan yang lebih cepat 

Kelebihan EZ Sliwhide:

  1. Untuk body slimming, fair skin whitening, body detox
  2. Merupakan anti pengoksidaan yang kuat 
  3. Kaya dengan vitamin C&E dan mineral 
  4. Menurunkan berat badan 
  5. Membekalkan tenaga & mengurangkan rasa lapar 
  6. Mendapat berat badan yang ideal 
  7. Membentuk badan yang ideal 
  8. Mencairkan lemak 
  9. Mengurangkan pembentukan lemak dalam badan 
  10. Merangsang metabolisma badan 
  11. Membakar kalori dengan cepat 
  12. Membantu masalah perut buncit 
  13. Membuang angin dalam badan 
  14. Membuang toksin 
  15. Badan akan terasa ringan 
  16. Mencantikkan kulit
  17. Senang dibawa ke mana-mana 
  18. Tidak perlu bancuh 
  19. Koyak sachet, tuang atas lidah & terus kemam. 
  20. Tekstur serbuk yang halus memudahkan ianya larut dengan air liur 
  21. Passion Fruit Flavor - rasa masam-masam manis & tidak meloyakan. 
  22. Boleh diambil LELAKI & WANITA 

Pembungkusan

1 Jar - 20 Sachet (1sachet - 5g)


Harga

RM 80 semenanjung
RM 85 sabah & sarawak



Thursday, March 19, 2015

Hotel Sentral Seaview, Penang

Jangan pandang pada luaran!


Hotel Sentral Seaview, Penang yang dulunya dikenali sebagai Naza Talyya bukanlah sebuah hotel murahan. Dengan menawarkan kolam renang yang sederhana untuk dewasa dan kanak-kanak serta pantai yang indah ...maka di sinilah pilihan terbaik pada harga PALING MURAH berbanding lain-lain hotel yang mempunyai pantai di sekitar Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.



Bilik dan katil selesa, ada balkoni mengadap separuh laut, separuh bandar.
Untuk bilik Seaview boleh up sikit bajet anda ye. Murah je.

Sarapan sedap dan memadai. Pilihan tak sebanyak Hotel Bayview Beach Resort Penang atau Hotel Hydro Penang (sedang renovasi) tetapi sudah memadai dengan selera kami.

Kalau ke Penang, inginkan hotel dengan pantai dan kolam renang yang MURAH...pertimbangkan Hotel Sentral Seaview, Penang.


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...