Wednesday, October 3, 2012

Keluarga Bahagia Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Akrab - Menikmati Percutian Bersama-Sama



Keluarga Bahagia Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Akrab - Menikmati Percutian Bersama-Sama


Pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi yang sebelum ini telah berjaya meleraikan persengketaan mereka pada ramadan lalu kini dilihat semakin akrab dan sering berhubungan di antara satu sama lain.

Malah, kedua-dua mereka dilaporkan telah menghabiskan masa di Genting Highlands pada hujung minggu dengan ditemani Norman Hakim dan anak-anak. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Memey yang kini sarat mengandung 5 bulan pada majlis pelancaran Kempen Semarak Cinta untuk saluran Astro Ria di Flora Café, Hampshire Place, semalam.

Pasangan ini telah diterbangkan ke Medan, Indonesia untuk berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan disana.

"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijingpula dalam masa terdekat ini.

"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.

"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,"cerita Memey mengenai hubungannya bersama bekas isteri Norman Hakim itu.

Bercerita mengenai kandungan dan persiapan sebelum bersalin, Memey menjelaskan persiapan masih lagi diperingkat awal. Dia juga belum lagi mengidam sebarang menu yang pelik semenjak disahkan mengandung akhir Jun lalu.

"Abang Norman dan saya dah merancang untuk membuat persiapan rapi bila kandungan memasuki usia tujuh bulan. Cuma lokasi untuk bersalin sahaja yang dah dikenalpasti iaitu tempat yang sama ketika Abby bersalin dulu.

"Semua aktiviti seni saya hentikan dahulu untuk berehat. Lagipun saya sering alami contraction dan morning sickness yang agak teruk. Jadi sekarang ini saya lebihkan rehat tetapi saya memang teruja menunggu kelahiran ini.

"Kalau pasal mengidam buat masa ini belum lagi teringin nak makan yang pelik-pelik. Setakat benda yang ada depan mata sahaja tapi tak tahulah lepas ni,"ujarnya berseloroh ditanya mengenai pengalaman pertama mengandung.

Menurut aktres kelahiran Johor ini, dia dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Februari tahun hadapan. Memey dan Norman yang berkahwin pada 24 September tahun lalu telah menghabiskan ulangtahun pertama perkahwinan mereka di Medan atas tajaan Air Asia untuk program Destinasi Cinta Bersama Air Asia.
 
 
Kredit Info: Portal Murai
 
 

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?





Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.



Sumber : ILoveIslam
 
 
 

Tuesday, October 2, 2012

Khairul Fahmi Che Mat & Luniey Dah Mengaku - Hubungan Kami Bukan Lagi Rahsia




“Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.

“Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,” katanya.

Sebelum itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

“Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami,” katanya.

Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.



Kredit Info: Sinar Harian
 
 
 

Kakak Ajak Makan di Restoren


Pilihan air - Jus manggo untuk kakak, air tebu untuk ibu & jus kiwi untuk abah


Assalamualalikum & Salam Sejahtera..

 Inilah dia kisah aku dan anak-anak kesayangan yang kadang kala memeningkan kepala kami suami isteri.. mana tak nya, kakak baru usia 4 tahun tapi mahu bergaya macam sudah berusia remaja..pening..pening..si kakak nih mudah sangat terikut-ikut drama dalam tv. Tetiba jer kakak ajak makan kat restoren..Ibu dan abah syak kakak dah terpengaruh dengan drama Adam & Hawa semenjak dua menjak ni..

Kakak cakap tak nak makan kat kedai biasa tapi nak makan kat restoren, apa ke hel nya nak oooiiiii.. kebetulan mengahala ke alor setar masa tu, terfikir la nak ajak dia makan kat TESCO mergong sebab kakak suka suasana yang meriah dan ramai orang..

sampai kat TESCO ada noodle station, KFC & Ayamas. semua reston tu kakak tak nak.. kami faham apa yang kakak maksudkan.. jenuh la nak melayan kerenah budak sorang ni.. ajak pusing-pusing dulu kat food court TESCO tu supaya senang dia nak memilih apa yang dia berkenan.. tapi kami dah agak mesti kakak akan menuju ke western food.

ok la kakak makan la chicken chop tu sampai habis.. ending nya abah tanya best tak makan kat sini? Kakak jawab tak best sebabnya bising.. huk Allah la, pandainya dia nak tempat yang privacy. kalo macam ni la boleh botak kepala mok pok tau...


pilihan kakak macam biasalah sepertimana yang ibu & abah jangka - chicken chop menu kegemaran kakak..tapi sayang, ayam tu dah sejuk & kuah nya tak kit sangat..

budak kecik ni happy jer..bagi fun fries mengunyah jer lah tau nya..cool jer dik ekkk..

ibu tengah testing mee kari yang abah order..rasanya boleh la makan panas-panas kan..


Surah As-Syura: Ayat 19 - Doa Bagi Orang yang Teramat Degil



Surah As-Syura: Ayat 19 - Doa Bagi Orang yang Teramat Degil


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan DIA lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
- Surah As-Syura ; Ayat 19.


Baca 19 kali pada air dan bagi minum kepada yang berkenaan / baca 19 kali pada ubun-ubun (anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan kepadanya.


Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz" 


Sumber: Infinity


 

Monday, October 1, 2012

Zikir Fatimah Amalan Sebelum Tidur - Wasiat Rasullah Kepada Wanita





Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah ( Allahu akbar) 34x, bertasbihlah (subhanallah) sebanyak 33x dan bertahmidlah (Alhamdulillah)sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.


Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.

Begitulah wahai kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.

Mengapa kita tidak menirunya?





Allah Membersih Hamba-Nya dengan Tiga Tanda



Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Tipu daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermain-mainkan kehidupan seorang insan, setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga merancang untuk merobohkan benteng iman di hati manusia. Namun begitu tidaklah Allah Taala menyerahkan sebulat-bulatnya diri orang mukmin untuk menjadi hidangan syaitan dan hawa nafsu mereka, bahkan Allah Taala membersih jiwa orang mukmin itu setiap saat hingga mereka kembali kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya

Apakah tanda-tanda Allah mensucikan diri seorang hamba?
1. Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda.
2. Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat.
3. Dituntun hatinya lalu dia suka beribadat

Tiga perkara yang amat besar fungsinya untuk memastikan hamba yang beriman tetap terjaga dan terlindung dari jenayah hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan suci, bersih lagi diredai.

Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda.
Sesunggguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia.

1. Jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah Taala.
Musibah amat berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia, apakah dia reda dan akur atas kehendak Allah kemudian percaya dengan ganjaran bagi orang yang sabar? Apakah dia menerima musibah itu sebagai hadiah terindah dari kekasih Yang Maha mengasihani? Apakah musibah itu mampu melonjakkan imannya ke tahap yang lebih tinggi sehingga dia sentiasa meneliti kekurangan diri? Kemudian bertanya: “Mengapakah Allah memilih diriku? Apakah dosa-dosaku yang harus disucikan dengan datangnya musibah ini, bagaimanakah aku harus memperbaiki diri dan amalku?” Akhirnya, lahir satu keyakinan bahawa Allah akan mengganti musibah itu dengan kebaikan yang akan datang selepasnya. Sesuai dengan Firman-Nya: “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah ayat 5)

2. Jiwa yang memberontak.
Apabila seseorang menerima musibah dengan hati yang berprasangka buruk kepada Allah. Dia berkata: “Tuhan telah menghinakan aku, menyerahkan aku kepada orang-orang yang jahat lalu mereka menzalimiku. Tuhan menolak doa-doaku, mencampakkan ibadatku sehingga empat puluh hari, Dia tidak menerima amal salehku. Dia menghukum, menutup pintu langit, menahan rezeki dan mengazabku dengan musibah ini. Nauzu billahimin dzalik, betapa bijaknya syaitan meniupkan penyakit putus harapan yang mematikan jiwa reda seorang hamba. Hal ini amat bertentangan dengan suruhan Allahkepada orang yang berdosa didalam surah al-Zumar ayat: 53.

Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

3. Jiwa yang mudah berpaling.
Kesetiaan menjadi faktor terpenting dalam perhubungan, sebagaimana seorang hamba mesti membuktikan setianya kepada Allah dalam setiap keadaan. Susah atau senang, sibuk atau lengang, kaya atau miskin, terkenal atau terlupakan, diatas atau dibawah, disanjung atau dijatuhkan. Bagaimanapun situasi yang terjadi, hubungan hati dengan Allah Taala tetap terjaga. Tidak pernah melupakan Allah saat senang sebagaimana dia mengingati-Nya di kala susah. Tetapi Al-Quran telah merakamkan keadaan orang yang mudah berpaling ketika dilanda musibah dalam hidupnya. Sebagaimana firman-Nya:

“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi. Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (Surah al-Hajj ayat: 11)

Sudah selayaknya setiap hamba Allah memandang musibah sebagai satu tanda bahawa Allah Taala mahu membersihkan dirinya, memberi jaminan kafarah atas segala dosanya sehingga dia bertemu Allah dengan jiwa yang reda lagi diredai. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tiada seorang muslim yang menderita kelelahan, atau penyakit atau kesusahan hati bahkan gangguan berupa duri yang menyakitinya melainkan semua itu menjadi penebus dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari Muslim)

Kemudian tanda yang kedua, ialah: Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat.

Setiap kali berbuat dosa hati akan tersiksa, takut, sedih dan putus asa mengingati kejahatan diri. Disitulah rahmat bagi orang beriman yang melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon maaf kepada Allah, merintih dan menangis, sesal yang tidak terperi sakitnya, lalu dia mendekat serapat-rapatnya kepada Allah dan mengetuk pintu taubat setiap kali melakukan kesilapan.

Kemudian hatinya berbisik: “Siapakah yang berkuasa membuka relung hatiku dan membersihkannya dari karat dan noda maksiat? Siapakah yang memberi cahaya ke jiwaku dan menggetarkan perasaan dengan ilmu-Nya sehingga menitislah airmata penyesalanku? Engkaulah Tuhan Yang Maha Menerima Taubat yang telah berfirman: “Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku katakanlah bahawa Aku adalah dekat.” (Surah al-Baqarah ayat: 186)

Bagaikan mati hidup semula, begitulah perumpamaan tentang jiwa orang mukmin yang kembali kepada Allah, sebagaimana perumpamaan Al-Quran: “Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?” (Surah Al-An’am ayat: 122)

Selain menghidupkan jiwa orang mukmin, taubat juga menjadi cara dan kaedah termudah untuk diterima kembali oleh Allah Taala dalam pelukan rahmat-Nya. Namun kadang-kadang jiwa manusia bersikap angkuh, merasa diri telah sempurna dan tidak pernah terseleweng walau sesaat, memandang orang lain dengan pandangan kehinaan, seolah-olah aib dan kelemahan itu hanya milik orang sedang dirinya tiada cela.

Beristighfarlah untuk masa yang dibuang percuma tanpa mengingati Allah. Beristighfarlah untuk diri yang kurang amanah terhadap keluarga dan kerjaya. Beristighfarlah untuk membersihkan hati dari sangka buruk, riya, tamak, dengki, cemburu dan lidah yang menyengat perasaan orang lain. Beristighfarlah kerana rela menjadi sahabat syaitan angkara kejahilan diri dan ketandusan ilmu. Beristighfarlah untuk diri yang tidak merasa perlu untuk beristighfar. Lakukanlah sepanjang masa hingga bertemu Allah dalam keadaan bersih lagi diredai.

Yang ketiga, tanda Allah mensucikan seorang hamba ialah dituntun hatinya lalu dia suka beribadat.

Sepatutnya para ahli ibadat bersyukur kepada Allah kerana mereka telah dipilih sebagai orang-orang yang dekat di sisi-NYa. Roh ibadah itu telah menjadi darah dan daging mereka, kemana saja mereka melangkah semuanya diniatkan untuk ibadah kepada Allah. Tetapi berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang suka memuji diri kita kerana ibadah kita itu sehingga membuat diri lupa bahawa semua itu atas sebab pertolongan Allah Taala. Syaitan juga memujuk diri manusia supaya cepat berpuas hati dengan ibadahnya dan melupakan kelemahan ilmu dalam melakukan ibadah hingga ramai yang beribadah tanpa dalil daripada nash yang sahih. Apabila sudah berpuas hati dengan ibadahnya maka mereka seolah-olah mendapat lesen untuk bermaksiat semula. Mungkinkah roh ibadat itu hilang dalam diri orang yang suka beribadat?

Ya, apabila ibadat yang dilakukan tidak ditujukan untuk mengubat diri, memperbaiki akhlak, meluruskan moral, membangkitkan kekuatan supaya cemerlang sebagai mukmin berjaya di arena dunia yang mencabar dan ibadah itu tidak mampu memaparkan gambaran hidup tentang siksa kubur dan nikmatnya, syurga dan neraka, peristiwa hari kebangkitan. Apabila ibadat hanya dianggap sekadar melunaskan hutang, membayar kewajipan, mendirikan rukun dan syaratnya saja tanpa diselami dengan penghayatan.

Bagaimanakah ibadah Rasulullah SAW? Aisyah RA berkata, RAsulullah bangun sembahyang di waktu malam, sehingga pecah-pecah kaki baginda. Saya bertanya: Mengapakah kamu berbuat begini YA RAsulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang kemudian? RAsulullah SAW bersabda: Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur (atas nikmat Allah tersebut).” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Tergeraknya hati untuk melakukan ibadah merupakan tuntunan Allah kepada hamba-Nya semata-mata mahu mensucikan kita dan memberi ganjaran yang baik di sisi-Nya. Bukankah sembahyang menjadi pengapus dosa-dosa kecil selama tidak dilakukan dosa besar? Jummat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan merupakan proses pergiliran penghapusan dosa yang sepatutnya disyukuri. Jauh sekali melahirkan jiwa yang sombong dan suka memuji diri sendiri dengan ibadah yang masih masin lagi (tidak sedap untuk dinikmati)!
 
 
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)  
Kredit Info: drjuanda.com



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...