Friday, August 3, 2007

Semenggoh Orang Utan Wild Life Centre

Ni tiket masuk ke Semenggoh Orang utan Wild Life Centre di Semenggok.. perjalanan nya 45 minit jer dari bandaraya Kuching.. Kalo ikut trip ke Kuching tu.. Semenggoh Orang utan akan masuk dalam pakej lawatan.. bukannya senang nak tengok orang Utan ni.. orang Utan kat sini idup bebas tak macam kat Bukit Merah duk dalam sangkar.. itu yang bezanya dengan suasana orang Utan di Bukit Merah..
Ini pulak pintu gerbang lah kot sebelum masuk ke hutan tu sikit.. kalo bawa kereta tu parking kat sini lah dekat sikit nak berjalan.. Cuba perhatikan betul2 di kiri & kanan pintu gerbang tu ada tulis senarai nama2 orang Utan yang tinggal kat situ.. orang2 Utan kat sini ada yang penghuni asal dan ada juga yang dibeli untuk tujuan pemeliharaan & pemuliharaan.. hehe.. pandainya aku bagi info yeee..
bagi yang nak pergi sendiri ke Semenggoh Orang Utan ni.. dari bandaraya Kuching menuju ke Bau dan terus ke Kota Padawan (pekan kecil tapi cantik).. boleh lah singgah sekejap kat Kota Padawan ni kalo2 terasa penat berjalan jauh2 tu dan sekali sekala boleh lah merasa masakan tradisional kat sini pulak.. aku pun kurang info lah pulak etnik apa yang ada kat Kota Padawan ni.. aku memang suka nak mencuba masakan orang lain.. apa salahnya kan.. janji halal.. janganlah pulak jadi macam bos singa utara kat ofis aku tu.. terang2 nampak gan biji mata ni kedai hindu ada berhala lagi tu dia boleh kata kedai muslim.. hehe.. sori2.. korang mesti pelik kan selamba badak jer aku kutuk bos aku sendiri.. memang patut pun.. takpe tak lama lagi dia nak berambus dah kot.. maklumlah tak tahan kena push gan orang atas dari dia lagi..
ni pintu masuk utama ke kawasan orang Utan ni..








Inilah dia pakcik John yang dah lama keje kat sini.. banyak jugak dia bagi info kat kami berkenaan orang utan di sini.. lama jugak aku tunggu orang Utan ni tak keluar2.. duk atas pokok tu jerr.. tapi berkat kesabaran dapat lah jugak aku tengok orang Utan ni dekat2.. tapi pakcik John ni nasihatkan kami jangan dekat sangat dengan orang Utan ni.. bimbang nanti dia mengganas pulak.. dah ada kes yang terjadi.. nampak jer jinak orang utan ni.. pelawat juga tidak dibenarkan merayau sesuka hati jer kat kawasan ni.. pelawat akan sentiasa di awasi oleh staf kat sini tujuan menjaga keselamatan pelawat tu sendiri..













menakjubkan jugak aku tengok orang Utan ni.. tangan dia kecik macam manusia jugak.. tapi macam mana dia boleh patahkan ranting2 & dahan2 pokok tu.. sejam setengah kami perhatikan orang Utan tu.. aktivitinya cuma bergayut dan melompat dari satu dahan ke satu dahan selain mematahkan ranting2 & dahan2 pokok.. akhirnya orang Utan yang nama Minah & anak dia Abu ni turun lah jugak nak ambik tebu yang pakcik John ni bagi.. Jadual makan bagi orang Utan ni dua kali sehari.. jam 9.30pagi & 3.30ptg.. nilah waktu yang sesuai kalo nak melawat orang Utan ni..















Saja Ronda-Ronda kat Kuching Waterfront

ni saja2 jer teringin nak dating kat waterfront ni.. best la jugak sekali sekala.. saja2 keluar nak tengok suasana malam.. kalo melintas jalan depan waterfront ni ada main bazaar.. deretan panjang kedai2 yang menjual barang2 kraftangan Sarawak.. kat sini lah syurga untuk membeli-belah bagi sesiapa yang minat dengan barang2 etnik Sarawak.. kalo yang berminat nak cari barang2 nak wat hiasan dalaman kat umah tu eloklah pergi tempat ni.. macam2 yang boleh anda cari disamping tu gak dapat membantu anda mencari idea yang kreatif lagi..

Dibelakang tu boleh nampak Hilton Hotel.. bagi yang mampu eloklah jugak kalo menginap di Hilton ni.. lagipun senang untuk mencari tempat makan.. Hilton Hotel ni nampak unik sket bangunan dia.. kalo dari tepi akan nampak bangunan dia nipis macam sekeping kertas.. hehe.. nanti aku cari ye sape yang wat bangunan ni.. biasanya bangunan2 yang cantik2 kat Kuching ni banyak jugak direka oleh Hijjas Kasturi Associates.. alah salah satu bangunan cantik rekaan Hijjas Kasturi ni Menara Telekom yang macam pucuk rebung tu lah..
Ni pulak taman yang aku tak tahu namanya.. hubby aku punya pasal lah ni.. mula2 nak cari Relationship Park merupakan taman persahabatan antara kerajaan China & Kerajaan Malaysia.. kat taman tu ada patung Laksamana Cheng Ho.. lain kali la pulak kami balik sana aku tolong ambik gambor tamana tu ye.. nak cari aritu pun dah tak sempat.. banyak sangat program yang nak kena atur..


Makan Tengahari di Bau + Membeli-belah di Serikin



Selepas membeli belah di Serikin, kami singgah makan tengahari di Bau.. inilah dia menu makan tengahari kami di salah sebuah kedai makan di Bau.. kalau yang suka tengok jalan-jalan cari makan tu mesti dah tau apa nama menu ni kan.. memang tak sangka dapat makan makanan yang aku teringin sangat2 nak makan ni.. kami dah cuba cari di Kuching tapi tak jumpa.. memang susah nak dapatkan menu ni.. menu masakan ni asal usulnya dari orang Iban.. kalau ada sesiapa yang teringin nak mencubanya, menu yang istimewa ni hanya ada pada hari sabtu & ahad sahaja.. lupa pulak nak cakap.. ni namanya ayam pansuh yang dimasak dalam buluh.. rasanya lebih kurang macam sup.. cuma dimasak dalam buluh dan ramuannya ayam, daun kunyit, umbut bunga kantan (batang bunga kantan warna putih), halia, lengkuas, bawang putih dan sedikit perasa.. hehe.. cam tahu2 jer ek.. biasalah.. aku dapatkan resepi ni dari Usu Kiah (mak saudara hubby aku) yang kerja kat SCV.. mana lah tau kan.. suatu hari nanti aku nak bukak restoren yang berkonsepkan makanan ala2 Sarawak pulak..






















































Bersama Chef Wan di Pasar Minggu Satok
















Taman Negara Kubah + Masja





































Friday, June 29, 2007

Tersilap Landing Kat KLIA lah pulak...

hahaaa.. mesti ada yang heran gan aku ni kan.. nape aku kata tersilap landing kat KLIA plak.. sebenarnya dari aor-kul kami sepatutnya naik flight air asia.. tiket pun dah lama dah belinya.. tapi ada cite disebaliknya.. nak dijadikan cerita kami tertinggal flight air asia yang sepatutnya kami naik jam 8.30 pagi pada 21 Jun 2007.. inilah risikonya kalo naik penerbangan tambang murah ni (tapi ketika blog ni ditulis MAS pun dah banyak kali asyik delay jer).. kena betul-betul ikut masa yang ditetapkan.. entah macam mana lah aku terlewat bangun pagi tu.. mana ke tak nya jam 3 pagi kami belum tido lagi.. ni gara-gara HR giler kat ofis aku lah.. aku terpaksa menegakkan keadilan.. itulah dia belajar BBA tapi jadi HR.. langsung tak layak jadi HR kalau tengok pada perwatakkannya.. sombong.. angkuh.. dan bongkak.. itulah sifat-sifat dia yang boleh aku nampak secara terang-terangan.. kalo nak tahu HR ni benci sangat-sangat dengan bos Singa Utara kat ofis aku tu.. tapi bile dah dapat elaun tambahan RM 200 jer.. sifat dia leh jadi bertukar pulak.. ibarat katanya semakin hari semakin sayang.. manusia2.. aku pun tak faham dengan sikap manusia yang bodoh sombong ni.. tapi aku berpegang satu prinsip jer.. hidup ni mesti beringat yang mana roda kehidupan kita sentiasa berputar.. hehe.. pandai berkata-kata lah pulak aku arini ek..
hari tu memang betul-betul kenangan yang aku tak boleh lupalah.. mana taknya aku tak penah lagi tido sampai langsung aku tak sedar.. aku terjaga dari tido jam 7 pagi.. manalah kami tak kelam kabutnya.. sedangkan flight kami jam 8.30 pagi.. nasib baiklah barang2 semua aku dah pack.. 7.30 pagi kami baru nak bertolak ke airport.. nasib baik jalan kat Kedah ni tak jam.. 8.15 pagi baru sampai kat airport Alor Setar.. sampai2 kat airport, kaunter check in air asia dah tutup.. mana tak kelam kabut call kawan aku suruh check harga air asia untuk flight esoknya.. tapi bila kira-kira balik lebih baik naik flight MAS saja jam 9.15 pagi.. itu saja pilihan terakhir yang kami ada.. nak tak nak terpaksa lah kami keluarkan duit RM 225 seorang.. memang pada malam tu dah ada petunjuk.. sebab dengan aku ada duit RM 511.. hubby aku kata aku pegang duit rm 510 dah lah (dalam melawak tapi dia ambik jugak RM 1 tu).. RM 1 lagi tu bagi kat dia nak minum pagi kat kedai mamak tu esoknya.. rupa-rupanya duit RM 510 tu merupakan petanda yang kami
akan bayar tambang flight MAS.. kalau tahu macam tu kan tak payahlah aku nak kelam kabut pagi tu.. Jadi, mana taknya kami landing kat KLIA dan bukannya kat LCCT.. itulah kisahnya.. manis gak kenangan tu..
Kalau landing kat LCCT pun kami memang plan nak ke KLIA sebab nak makan kat Food Garden ni lah.. hubby aku suka sangat makan kat sini.. nak makan KFC dah lejuk kata orang Sarawak..







Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...