Wednesday, February 5, 2014

Aktiviti Hujung Minggu Kakak Kamila dan Adik Kashif



Gambar ni dah dua minggu aku peram dalam draf. Malas sungguh rasa nak menaip kat keyboard ni..

Biasanya setiap hari Khamis ataupun Jumaat, kami akan bawa kakak & adik pergi swimming pool, kalau masing-masing tak busy la kan.. Memang itulah hobi budak berdua ni. Kalau boleh, tiap-tiap hari depa ni nak main air. Senang jer aku kelentong depa ni cakap hari lain swimming pool tutup, pedahal buka hari-hari kecuali hari Sabtu jer tutup..

Walaupun tak ke Swimming pool, biasanya petang weekdays mesti pergi playground. Anak-anak aku ni memang bertuah sungguh, suka suki depa jer ajak main kat mana-mana playground yang depa suka. 
 


Ni muka adik yang dah letih & lesu lepas main air kat Swimming pool UUM. Pool kids kat UUM ni luas, memang seronok la anak-anak dapat main segirang-girangnya. Biasanya depa dua beradik ni lah antara budak-budak yang last keluar, siap penjaga tu tiup wisel bagi amaran nak tutup dah. Swimming pool ni buka dari jam 5.30 - 6.30 petang.



Tengok tu mata sampai merah, masuk jer kereta terus lentok lepas pekena susu  plak tu. Memang air masak dan susu kena bekal siap-siap supaya tak mengamuk dalam kereta. Lepas main air confirm la lapaq kan.. 

Dalam pada penat & mengantuk pun boleh lagi nak main alat senaman ni plak. Aku yang melihat dan menunggu ni memang rasa terseksa sangat la dengan depa ni tapi takpelah janji permintaan depa kena ikut sekali sekala.


8 comments:

cik atie said...

best jugak aktiviti macam tu.. sambil beriadah, ikatan kekeluargaan pun dapat di eratkan.. :)

Anum said...

ala comelnya dia

Anonymous said...

amboi siap berbunga2 selit kat telinga yer.. hehehe

Fiza Rahman said...

Comelnya dgn bunga terselit kat telinga tu ☺☺

dear anies said...

amboiiii ngalah saloma ni siap selit bunga merah plak tu ;-)

msredcheesecake said...

bila anak kita happy, kita pon happy kan?hhee

ANIM said...

Mas kecik2 ni la depa nak main kat playground KS..
Dan besar kita kata buang tebiat lah pulak, heee
Alahai, adik khasif, si gadis bunga..geram auntie tengok

Kayu Manis said...

Kecik2 boleh kelentong..hehe
besar nti dia kelentong kita plk...tk mo..tk mo..petik bga bandaraya ye...kena saman ni..hehe..comel je

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...