Monday, February 4, 2013

Nazmi Balik Malaysia Kerana Tak Cukup Duit


Bakat muda tertekan di Portugal
Kesian dengar kisah Nazmi Faiz ni (belum tersebar lagi berita ni). Rupanya beliau tertekan di Portugal, tambahan pulak dengan kes buah hatinya baru-baru ni, lagilah tertekan. Dalam FB Fans Nazmi Faiz pun teruk dia dihentam tanpa usul periksa.

Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal. 

Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.

Selamat tinggal Beira-Mar...

Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

PKNS sahaja yang mampu menebus kontrak Nazmi daipada Beira-Mar
p/s: Setakat ini, Nazmi Faiz masih berahsia dengan media...




19 comments:

Unknown said...

wah xpuas hati betullah jd mcm ni

Anum said...

betul ke

Farah Waheda Wahid said...

setiap yang berlaku mesti ada cerita di sebaliknya... oleh yang demikian, janganlah kita mudah sangat nak pin pointing pada orang kan?

YatieOwner said...

dari pandangan mata kasar PG yang tak berapa minat bola sangat kan kakak kasih, ingatkan pemain bola ni semua di bayar mahal jika di pinjam kan or bermain utk skuad luar negara. rupanya, ada juga kes mcm nazmi ni kan. mcm kira rendah pula taraf si nazmi ni. sedangkan di Malaysia, nama beliau, besinar bagai bintang. apa pun, kita doakan yang terbaik untuk nazmi ;)

Kayu Manis said...

al-kisahnya...

NzA said...

alahai kesiannya....

ummiross said...

Kesian pulak kan!

ummiross said...

Kesian pulak kan!

Nik said...

kesiannyer kalau btol.

azieazah said...

Saya tetap rasa dia ni menjadi mangsa keadaan. Kesian.

azi said...

kesiannnn...
akak ingatkan dia dibayar mahal..memang patutpun dia balik...

Blog Santai said...

Hmmm kesian lah pulak..anyway he has learned something there and hopefully boleh digunakan kat sini...pasal girlfriend tu rasanya he is overreacting coz he is still young..banyak pilihan lagi...

Umialya said...

siannya..

Anonymous said...

sian dier ye

musang said...

xde rezeki nak main kat liga eropah

Angah said...

owhhhh kesahnye....tak pe la...

Kasih Salina said...

PuanGojes, memang itu harapan dan jangkaan jutaan peminat bola sepak Malaysia kalau kita main kat luar akan dibayar mahal sebab kelab SC Beira-Mar tu berada dalam liga utama Portugal, cuma Nazmi masih muda so main dulu dgn skuad bwh 19 tahun.

Kasih Salina said...

Raudzah Zahari, yer banyak dia belajar sebenarnya (selain bab gaji, kita tolak ketepi..) Portugal mmg terkenal dgn 'budaya bola' juga sama seperti negara bola yg lain, kita tengok player Portugal banyak bermain di luar dengan kelab gah, spt Cristiano Ronaldo, Nani, Moutinho, dan lagenda dia Luis Figo, Pauleta...

Fiza Rahman said...

Owh...baru tahu kisahnya.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...