Friday, May 11, 2012

Rozita Che Wan Mahu Anaknya Jadi Pilot


Rozita Che Wan, 41, antara selebriti tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Bukan sahaja terkenal dengan kejelitaan, tetapi peranan ibu kepada dua anak remaja tidak pernah sesekali diabaikan.

Wanita berstatus ibu tunggal ini juga turut dikenali kerana lakonan mantapnya dalam beberapa drama hebat seperti Kiah Perkasam, Sesuci Cinta Sofia, Anissa, Iparku Diva dan Goyang Syafiq.

Malah, biarpun ramai pelakon pelapis membanjiri industri, Rozita masih mempunyai tempat dan populariti tersendiri. Nyata, ibu kepada Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Mahu anak jadi pilot

Menurut sumber dari Sinar Harian, Rozita berkata sudah menjadi lumrah hidup setiap ibu di dunia menginginkan anak mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing. Buat masa sekarang Rozita lihat anaknya sangat berminat untuk menjadi juruterbang dan beliau sendiri gemar dengan cita-cita mereka.

Perancangan Rozita juga, mungkin selepas tamat persekolahan, beliau akan menghantar anaknya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih khusus dalam bidang penerbangan. Tambah Rozita lagi, beliau tidak pernah menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dalam bidang seni

Secara berterus terang beliau katakan biarlah anak-anak terlibat dalam karier yang lebih profesional. Bukan tidak bagus menjadi artis namun sebagai lelaki mereka memerlukan satu kerjaya yang lebih menjamin masa hadapan dan kalau anak perempuan beliau tidak kisah. Kerana perempuan boleh hidup dan bergantung kepada suami, sebaliknya lelaki tidak. Sampai bila mereka hendak bergelar pelakon. Rozita sangat berpegang pada prinsip itu.



1 comment:

So Shy Lady (SSL) said...

mudah2an impian mnjadi knyataan. s moleknya elakknlah dr mjdi artis kan

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...